KUALA LUMPUR:Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan rekod pencapaian jualan bulanan tertinggi dengan sebanyak 26,852 kereta terjual pada Oktober, selepas mencatatkan sejarah rekod jualan bulanan sebanyak 25,035 unit kereta pada bulan sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata kejayaan tersebut tercapai menerusi prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti oleh Perodua dan rakan niaga - termasuk yang bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah - bersama SOP asal yang diperkenalkan pada Mei.
"Dengan komitmen para pembekal, pengedar-pengedar sah kami dapat menjual lebih banyak kenderaan dan paling penting, memastikan kepuasan pelanggan kami kerana kenderaan Perodua mereka dihantar dalam tempoh yang terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Perodua telah menjual 8,052 Myvi, 6,738 Axia, 6,895 Bezza, 3,193 Aruz and 1,974 Alza pada Oktober, dan tiga model teratas kekal sebagai kereta paling laris di Malaysia setakat ini.
"Pada September, kami telah mencapai jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah kami dan kini kami telah mengatasi pencapaian tersebut.
"Kejayaan ini penting buat kami dalam banyak perkara; kerana ia membuktikan komitmen kami terhadap penghantaran secepat mungkin kepada pemilik dan pada masa yang sama memainkan peranan dalam memulihara ekosistem automotif," katanya.
Zainal Abidin berkata pada Oktober sahaja Perodua telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan, yang turut terjejas akibat pandemik.
Beliau berkata ekosistem automotif berkenaan termasuk sektor langsung dan tidak langsung, seperti pembekal komponen automotif, pengedar sah, stokis, agensi dan kontraktor.
"Rakan niaga tidak langsung termasuk institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans.
"Dari segi kapasiti pengeluaran, kami berada di 98 peratus secara purata pada Oktober dengan 26,326 kenderaan - juga merupakan pengeluaran bulanan tertinggi dari kilang kami di Sungai Choh," katanya.
Sementara itu, sebagai menghargai para pelanggannya, Perodua memperkenalkan penebusan tunai sehingga RM1,500 untuk Perodua Aruz (tertakluk terma dan syarat) sepanjang November, ke atas amaun pengecualian cukai semasa.
Syarikat itu juga menawarkan rebat tunai sehingga RM2,000 untuk kenderaan pra-miliknya sehingga 31 Dis ini.
Tawaran tersebut hanya boleh didapati di pusat jualan Perodua di Kuala Lumpur di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Sila layari www.perodua.com.my, atau hubungi pusat-pusat jualan Perodua untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
Pada Oktober Perodua membelanjakan RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama Malaysia berharga bawah RM100,000
MITI akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.