awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta

Dagang News
Dagang News
27/09/2021
23:44 MYT
Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Dalam penyelesaian ini, penimbang tara telah mengarahkan penentuan sepenuhnya dan kos yang perlu dibayar George Kent (Malaysia) Bhd kepada MRCB sebanyak RM2.08 juta dan tambahan S$70,458.50 (kira-kira RM217,935).
KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) telah menerima penyelesaian akhir (atau final award on costs) dari Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) pada Jumaat lalu bertarikh 22 September 2021, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.
"Dalam penyelesaian ini, penimbang tara telah memberikan, mengisytiharkan dan mengarahkan penentuan sepenuhnya dan kos yang perlu dibayar George Kent (Malaysia) Bhd kepada MRCB sebanyak RM2.08 juta dan tambahan S$70,458.50 (kira-kira RM217,935)," katanya.
AIAC menjadi perantara bagi pertikaian antara MRCB-George Kent melibatkan perjanjian pemegang saham (SHA) antara kedua-dua syarikat bertarikh 8 Jun 2015.
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).
George Kent dan MRCB menandatangani SHA pada 8 Jun 2015 untuk membentuk syarikat usaha sama 50:50 bagi tender, melaksanakan dan menyelesaikan pembinaan talian LRT3 dari Bandar Utama, Petaling Jaya ke Johan Setia, Klang.
Modal saham terbitan dan berbayar syarikat usaha sama itu berjumlah RM10 juta, dengan George Kent Rail Sdn Bhd (dimiliki sepenuhnya oleh George Kent) dan MRCB Builders Sdn Bhd (dimiliki sepenuhnya oleh MRCB) masing-masing memegang kepentingan ekuiti 50%.
George Kent menyampaikan notis timbang tara kepada MRCB pada 2019 berikutan pertikaian itu.
Pada Mei lalu, George Kent didapati melanggar SHA berkenaan syarikat usaha sama (JVCo) dengan MRCB di bawah Peraturan Timbang Tara AIAC.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MRCB
#LRT3
#AIAC
#George Kent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan