awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas meterai PSC baharu untuk medan gas Blok I di Turkmenistan

Bernama
Bernama
14/05/2025
14:57 MYT
Petronas meterai PSC baharu untuk medan gas Blok I di Turkmenistan
Di bawah terma PSC itu, Petronas akan menguasai 57 peratus kepentingan sebagai pengendali, bekerjasama dengan XRG yang memegang 38 peratus, manakala State Enterprise Hazarnebit memiliki baki lima peratus.
KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baharu dengan syarikat tenaga yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), XRG, serta syarikat minyak dan gas Turkmenistan, iaitu State Enterprise Hazarnebit dan State Concern Turkmennebit bagi medan gas dan kondensat Blok I di Turkmenistan.
Di bawah terma PSC itu, Petronas akan menguasai 57 peratus kepentingan sebagai pengendali, bekerjasama dengan XRG yang memegang 38 peratus, manakala State Enterprise Hazarnebit memiliki baki lima peratus.
Sebagai sebahagian daripada urus niaga berkenaan, satu perjanjian penjualan gas jangka panjang turut ditandatangani dengan syarikat gas nasional Turkmenistan, State Concern Turkmengas.
Terletak di Laut Caspian, Blok I kini menghasilkan kira-kira 400 juta kaki padu gas asli setiap hari.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Mohd Jukris Abdul Wahab berkata sebagai pengendali antarabangsa pertama dalam sektor tenaga Turkmenistan hampir tiga dekad lalu, pencapaian ini mengukuhkan lagi kehadiran dan menandakan pengembangan berterusan syarikat itu dalam sektor huluan.
"Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada kemajuan berterusan industri tenaga negara dan kekal komited untuk memupuk perkongsian jangka panjang dengan XRG, Hazarnebit, Turkmennebit dan Turkmengas," katanya.
Sementara itu, Presiden Gas Antarabangsa XRG Mohamed Al Aryani berkata dengan memperdalam perkongsian mereka bersama Petronas, Turkmennebit dan Turkmengas, mereka sedang memajukan keselamatan tenaga dan pembangunan ekonomi sambil mencipta nilai jangka panjang untuk semua pihak berkepentingan.
"Perjanjian ini menandakan peristiwa penting dalam strategi pertumbuhan global XRG dan membina hubungan yang semakin kukuh antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Turkmenistan.
"Ia juga mengukuhkan kehadiran XRG di rantau Caspian, memperluas asas sumber kami dan mencerminkan cita-cita kami untuk menjadi pembekal tenaga bersih yang boleh dipercayai bagi memenuhi keperluan dunia yang semakin berkembang," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Turkmenistan
#penerokaan medan gas asli
#kontrak perkongsian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan