awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas, TotalEnergies, Mitsui meterai perjanjian pembangunan CCS di Malaysia

Dagang News
Dagang News
27/06/2023
05:00 MYT
Petronas, TotalEnergies, Mitsui meterai perjanjian pembangunan CCS di Malaysia
Dari kiri, Patrick, Tengku Muhammad Taufik dan Toru ketika majlis menandatangani perjanjian pembangunan CCS di Malaysia antara Petronas, TotalEnergies dan Mitsui di Kuala Lumpur, 26 Jun 2023. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Petronas telah menandatangani perjanjian pembangunan dengan TotalEnergies Carbon Neutrality Ventures (TotalEnergies) dan Mitsui & Co Ltd (Mitsui) untuk bersama-sama menjalankan projek Carbon Capture and Storage (CCS) di Malaysia.
Menurut kenyataan media Petronas hari ini, kerjasama tersebut membuka jalan bagi rumusan CCS bersepadu pertama seumpamanya untuk industri di rantau Asia Pasifik.
Jelasnya, skop perjanjian itu meliputi semua aspek pembangunan CCS seperti menilai medan susut sumber yang semakin matang dan akuifer masin untuk penyimpanan, mengenal pasti bakal pelanggan, serta mewujudkan rangka kerja komersil dan undang-undang yang diperlukan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata kerjasama dengan TotalEnergies dan Mitsui dalam membangunkan rumusan menerusi CCS mendekatkannya kepada masa depan rendah karbon.
“Perkongsian strategik itu menunjukkan komitmen Petronas untuk meletakkan Malaysia sebagai hab CCS serantau bagi menangkap peluang dalam peralihan tenaga dengan tumpuan mengurangkan jejak karbon operasi kami,” ujar beliau.
Perjanjian itu telah ditandatangani semalam oleh Tengku Muhammad Taufik dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanné dan wakil pengarah, Pegawai Urusan Eksekutif Kanan Mitsui & Co, Toru Matsui
Petronas berkata perjanjian tersebut akan memajukan inisiatif yang digariskan dalam memorandum persefahaman masing-masing yang ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak pada 2022.
Petronas bekerjasama dengan rakan industri bagi mempercepatkan portfolio yang mampan untuk menghasilkan tenaga secara bertanggungjawab, selaras dengan Net Zero Carbon Emissions by 2050 Pathway. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Petronas
#rumusan CCS bersepadu pertama
#projek Carbon Capture and Storage
#rendah karbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan