awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas umum penemuan minyak di Suriname

Bernama
Bernama
09/09/2022
03:53 MYT
Petronas umum penemuan minyak di Suriname
Syarikat itu turut menemukan minyak ringan di kawasan jujukan enapan usia Campanian. - Petronas
KUALA LUMPUR: Petronas Suriname E&P BV (PSEPBV) hari ini mengumumkan kejayaan penemuan pertama minyak di Suriname menerusi usaha yang dijalankan di telaga Baja-1, Blok 53 di kawasan luar pesisir negara tersebut.
Telaga yang terletak kira-kira 189 kilometer di luar pesisir Suriname pada kedalaman 1,140 meter, telah berjaya digerudi sehingga sedalam 5,290 meter.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu turut menemukan minyak ringan di kawasan jujukan enapan usia Campanian dan penilaian pasca-penggerudian sedang dilakukan bagi mengesahkan potensi sumber penemuan tersebut.
"Penemuan di telaga Baja-1 merupakan satu pencapaian bermakna dalam usaha membuka sumber hidrokarbon laut daripada aktiviti cari gali kami.
"Malah, kami turut teruja dengan kejayaan ini dan akan kekal fokus untuk mengembangkan lagi portfolio antarabangsa, terutamanya di kawasan Amerika," kata Naib Presiden Cari Gali Petronas Mohd Redhani Abdul Rahman.
Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti gabungan kepakaran serta pengalaman oleh semua rakan usaha yang terbabit.
PSEPBV merupakan pemegang 30 peratus kepentingan penyertaan dalam blok yang diuruskan oleh APA Suriname Corporation LDC yang mempunyai 45 peratus kepentingan manakala baki 25 peratus dipegang oleh CEPSA Suriname, S.L.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#jumpa minyak
#Suriname
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan