KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) pada 10 Mei 2021 dijangka tidak akan memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi kerana hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata penutupan keseluruhan sektor ekonomi akan lebih memudaratkan golongan rentan dan mudah terjejas berbanding mereka yang berkemampuan.
"Penutupan keseluruhan ekonomi seperti PKP 1.0 akan menyaksikan pengangguran bakal mencecah tujuh peratus (atau lebih 1 juta penganggur) yang akan lebih tertumpu kepada golongan yang bekerja sendiri, belia, wanita serta mereka yang berkemahiran/berpendapatan rendah.
"Di samping risiko pengangguran, golongan bekerja sendiri dan lebih kurang 2.8 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro juga lebih berisiko mengalami kekurangan pendapatan ekoran penutupan ekonomi secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan semalam.
Tengku Zafrul berkata dengan pelaksanaan semula PKP 3.0, beberapa segmen sektor perkhidmatan yang berteraskan interaksi fizikal termasuk pelancongan dijangka akan terus terkesan akibat larangan merentas negeri dan pengekangan aktiviti sosial.
Bagaimanapun, katanya kerajaan yakin Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan terus berkembang berdasarkan unjuran pada kadar 6 peratus hingga 7.5 peratus, selaras dengan anggaran Dana Kewangan Antarabangsa (6.5 peratus), Bank Dunia (6.0 peratus) dan Bank Pembangunan Asia (6 peratus).
"Selain itu, pemulihan ekonomi negara juga akan disokong oleh pertumbuhan ekonomi rakan dagangan utama seperti Singapura yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.2 peratus, China (18.3 peratus) dan Amerika Syarikat (0.4 peratus) pada suku pertama 2021.
"Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) juga akan mendorong pembukaan pelbagai sektor ekonomi, pemulihan sentimen pengguna, dan seterusnya pertumbuhan serta daya tahan ekonomi Malaysia," katanya.
BACA: PKP 3.0 tidak beri kesan besar kepada ekonomi - Gabenor Bank Negara
BACA: PKP 3.0 tidak seketat PKP 1.0 kerana enggan rakyat susah - Ismail Sabri
BACA: PKP 3.0 bakal akibatkan lebih ramai usahawan PKS gulung tikar
Menurut beliau, kerajaan sentiasa berwaspada bahawa pertumbuhan ekonomi negara masih lagi berhadapan dengan risiko dan ketidaktentuan persekitaran ekonomi domestik dan global yang sentiasa berubah-ubah.
Ia termasuklah penularan varian baharu COVID-19 yang dilihat semakin meluas di seluruh dunia, menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan rakan perdagangan berikutan pelaksanaan semula langkah pembendungan yang lebih ketat; dan gangguan bekalan vaksin COVID-19 yang akan membantutkan usaha mencapai imuniti kelompok.
BACA: Pastikan ekonomi dibuka secara optimum - Penganalisis
BACA: KDNK menyusut marginal pada suku pertama 2021, namun ekonomi negara semakin baik
Mengenai kadar KDNK bagi suku pertama 2021 yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Negara semalam, Tengku Zafrul berkata kadar ini mencerminkan prestasi ekonomi yang memberangsangkan dan menunjukkan bahawa negara terus menuju ke arah pemulihan, walaupun PKP 2.0 dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
Kadar KDNK yang diumumkan bagi suku pertama 2021 ialah -0.5 peratus dari tahun ke tahun, iaitu penguncupan yang jauh lebih kecil berbanding -3.4 peratus pada suku keempat 2020.
"Pertumbuhan suku pertama 2021 ini didorong oleh pertumbuhan sektor pembuatan pada kadar 6.6 peratus (suku keempat 2020: 3.0 peratus) dan sektor pertanian sebanyak 0.4 peratus (suku keempat 2020: -1.0 peratus) dari tahun ke tahun.
"Secara keseluruhan, kesemua sektor ekonomi negara telah menunjukkan tanda pemulihan melalui penguncupan tahunan yang lebih kecil berbanding suku tahunan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa berwaspada bahawa pertumbuhan ekonomi negara masih lagi berhadapan dengan risiko dan ketidaktentuan persekitaran ekonomi domestik dan global yang sentiasa berubah-ubah. - Gambar fail
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.