awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu pulihkan keyakinan peniaga, pelabur asing

Bernama
Bernama
02/12/2022
14:15 MYT
PM Anwar mahu pulihkan keyakinan peniaga, pelabur asing
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sebenarnya 'tidak cenderung' untuk memegang jawatan Menteri Kewangan, namun menurutnya satu pendekatan perlu dilakukan untuk memulihkan keyakinan terhadap ekonomi, peniaga dan pelabur asing.
"Saya fikir pada peringkat permulaan ini biar saya teruskan," katanya dan menambah, di Kementerian Kewangan beliau akan dibantu oleh pasukan mantap yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, penjawat awam serta para penasihat yang tidak membebankan kewangan kerajaan.
Beliau berkata urusan kerajaan di Kementerian Kewangan yang diterajuinya akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican.
Anwar berkata demikian dalam sidang media hari ini sejurus selepas mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini, ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk memegang portfolio Menteri Kewangan.
BACA LAPOR LANGSUNG: Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Kabinet Kerajaan Perpaduan | Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh Perdana Menteri
Pada 25 Nov lepas, Anwar dilaporkan berkata tidak akan mempertimbang untuk memegang portfolio Menteri Kewangan bagi barisan Kabinetnya, namun akan melihat segala kemungkinan sebelum membuat keputusan akhir mengenainya.
Pembentukan Kabinet: Majlis angkat sumpah Senator dijadual 8.30 pagi Sabtu
Ditanya penjimatan yang dapat dilakukan melalui saiz Kabinet yang kecil, Anwar berkata ia dapat dilakukan sekiranya pembaziran dapat dielak serta perbelanjaan sia-sia dikurangkan, dan ia akan dimulakan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. - Infografik oleh Muhammad Syazwam
Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. - Infografik oleh Muhammad Syazwam
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kementerian Kewangan
#Tan Sri Mohd Hassan Marican
#Kabinet Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan