RAM Ratings percaya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh merubah persekitaran perniagaan serta syarikat yang beroperasi dalam pasarannya secara beransur-ansur menjelang pelaksanaannya.
"Walaupun komentar kita memberi tumpuan ke atas kesan pengurangan tarif ke atas aliran perdagangan, kami percaya faedah liberalisasi, yang secara relatifnya sukar untuk ditentukan ketika ini, akan menjadi lebih penting berbanding kesan sebenar ke atas perdagangan," kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika ini, perdagangan Malaysia dengan anggota TPPA menyumbang 42 peratus daripada eksport dan 35 peratus daripada importnya, mewakili bahagian yang sihat aliran perdagangan negara.
Menurutnya, sebahagian besar kenaikan import dijangka berpunca daripada sektor automotif, besi dan keluli yang mempunyai potensi berkembang 6.0 peratus tiap satu.
"Kami juga mendapati pertumbuhan import lebih ketara berbanding kenaikan eksport berikutan pengurangan tarif, terutama disebabkan tarif Malaysia yang lebih tinggi ke atas barangan import," kata RAM Ratings.
Ia berkata, sebaliknya komponen eksport terbesar Malaysia (peralatan elektrik) akan hanya mencatat pertumbuhan kecil pasca TPPA kerana tarif ke atas produk seperti itu adalah kecil.
"Keseluruhannya, eksport akan mendapat manfaat daripada akses pasaran lebih meluas, dengan manfaat paling besar diraih oleh ekonomi yang tidak mempunyai sebarang perjanjian perdagangan atau perjanjian dua hala dengan Malaysia.
"Khususnya, dagangan dengan AS, Kanada dan pasaran yang secara relatifnya lebih baharu seperti Peru dan Mexico akan menyumbang sebahagian besar daripada kenaikan eksport," katanya.
TPPA iaitu satu daripada perjanjian perdagangan pelbagai negara terbesar telah ditandatangani menteri daripada 12 negara anggota, termasuk Malaysia di Auckland pada 4 Februari 2016.
Bernama
Wed Jun 15 2016
Ketika ini, perdagangan Malaysia dengan anggota TPPA menyumbang 42 peratus daripada eksport dan 35 peratus daripada importnya, mewakili bahagian yang sihat aliran perdagangan negara. - Gambar fail
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ahli Parlimen kembali bersidang Isnin ini
Ahli Parlimen akan berkumpul bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik.
Kabinet Thailand teliti kajian impak CPTPP
Kabinet Thailand akan meneliti kajian impak ke atas Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sebelum memutuskan sama ada untuk memperbaharui perjanjian perdagangan
CPTPP: Malaysia masih belum pasti
Malaysia akan menyatakan pendiriannya terhadap Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dalam masa terdekat.
Jepun optimistik TPPA masih ada talian hayat
Jepun masih optimistik bahawa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan diluluskan dan diterima pakai oleh 11 negara ahlinya, walaupun selepas penarikan diri Amerika Syarikat.
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik hampir jadi realiti
Teks akhir perjanjian sudah dimuktamad negara ahli.
TPPA: Malaysia akan ikut konsensus
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, TPPA masih boleh direalisasikan tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).
Iklim dan perdagangan dunia jadi tumpuan sidang BRICS
Isu perubahan iklim dunia dan perdagangan menjadi tumpuan dalam Persidangan Kerjasama Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan (BRICS) yang berlangsung di Beijing hari ini.
Malaysia akan tingkat perdagangan dengan negara ASEAN dan Asia - Mustapa
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata negara anggota ASEAN akan menjadi tumpuan utama perdagangan Malaysia, diikuti dengan China, Korea Selatan, Jepun serta India.
Jika TPPA gagal, Malaysia manfaatkan FTA, RCEP untuk perluas perdagangan - Mustapa
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini termasuk bersama anggota TTPA yang kini belum ada sebarang pakatan perdagangan dengan Putrajaya.
TPPA atau tidak, Malaysia komited perkukuh hubungan dengan U.S - PM Najib
Walaupun negara yang terlibat dalam TPPA menyedari pandangan yang disuarakan oleh Donald Trump, masih telalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenainya.