KUALA LUMPUR: Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.
Ahli ekonomi firma penyelidikan itu, Chin Yee Sian berkata momentum inflasi dijangka meningkat seawal suku kedua 2024 susulan pelaksanaan beberapa cukai dan pelarasan harga.
Beliau berpandangan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan berkemungkinan mempunyai kesan material terhadap trajektori inflasi manakala pelarasan tarif air dan elektrik memberi kesan langsung yang terhad.
“Semua langkah dasar yang dinyatakan di atas akan mempunyai potensi peningkatan langsung kepada inflasi utama sebanyak 0.7% hingga 1.1%, mendorong julat inflasi untuk 2024 kepada 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2023 pada 2.5% tahun ke tahun.
“Kami mengekalkan unjuran inflasi utama dan inflasi teras bagi 2024 pada 3.3% dan 3.6% tahun ke tahun, dengan risiko cenderung kepada peningkatan,” ujar beliau dalam laporan Ekonomi Global dan Strategi Pasaran.
Chin menjelaskan bahawa magnitud sebenar risiko kenaikan akan bergantung kepada beberapa faktor utama seperti tarikh kuat kuasa pelaksanaan semakan dasar, kuantum pelarasan harga dan tarif, serta kekuatan kesan pusingan kedua inflasi terhadap perbelanjaan isi rumah dan kos perniagaan.
Selain itu, ia turut bergantung kepada potensi kesan daripada cukai barang bernilai rendah (LVGT) dan cukai barang bernilai tinggi (HGTV) yang tidak dapat diukur ketika ini.
Menurut Chin, firma itu mengandaikan sekiranya harga diesel meningkat 5% atau 10 sen bermula April ini daripada harga semasa RM2.15 seliter, Indeks Harga Pengguna (IHP) utama mungkin meningkat antara 0.10% hingga 0.15%.
Anggaran ini adalah lebih rendah daripada unjuran terdahulu firma itu antara 0.2% hingga 0.3% disebabkan oleh kejelasan tarikh pelaksanaan manakala andaian terdahulu telah dibuat untuk keseluruhan ekonomi Malaysia, yang kemudiannya dumumkan bahawa dasar rasionalisasi diesel tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
“Begitu juga dengan andaian bahawa harga RON95 meningkat pada kadar yang sama sebanyak 5% atau 10 sen bermula Jun daripada harga semasa RM2.05 seliter, IHP utama mungkin meningkat 0.15% hingga 0.2%,” tambahnya.
Sementara itu, kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% yang dijangka bermula pada 1 Mac merangkumi semua perkhidmatan kecuali makanan dan minuman, perkhidmatan tempat letak kereta dan telekomunikasi.
Chin berpendapat bahawa kadar cukai perkhidmatan yang disemak naik ini dianggarkan mendorong kenaikan IHP utama antara 0.3% hingga 0.6%. - Dagang News
Dagang News
Mon Feb 05 2024
Rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan berkemungkinan mempunyai kesan material terhadap trajektori inflasi. - Gambar hiasan
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
'Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024'
Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.
Hiperinflasi tidak pernah berlaku di Malaysia - Kementerian Ekonomi
Hiperinflasi tidak pernah terjadi di Malaysia dan kerajaan berharap keadaan itu tidak akan berlaku, menurut Kementerian Ekonomi.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan petunjuk serantau bercampur-campur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.60 mata kepada 1,453.29 daripada 1,455.89 ketika ditutup pada Rabu.
Maybank IB semak turun unjuran kadar inflasi 2023 kepada 2.6%
Ini kerana kesan asas dijangka mengekalkan kadar inflasi bulanan pada 3% YoY untuk sepanjang tahun ini, kata Maybank IB dalam nota penyelidikan hari ini.
Kadar inflasi mereda pada 1.9 peratus bagi September 2023 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia terus mereda kepada 1.9 peratus pada September 2023 daripada 2.0 peratus pada bulan sebelumnya.
Kerajaan tumpu usaha seimbangkan inflasi, pendapatan isi rumah - Rafizi
Langkah memperkenalkan dasar gaji progresif bagi sektor awam dan swasta merupakan salah satu usaha untuk mengawal keseimbangan inflasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).