KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot untuk dibuka lebih rendah pada paras RM4.4 berbanding dolar AS, terendah sejak Mac 2020 berikutan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah selain mengetatkan dasar monetarinya.
Pada jam 9.19 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4050/4080 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu 4.3960/3975.
Ringgit mencatatkan rekod terendah pada 23 Mac, 2020 apabila ia mencecah paras RM4.447.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini adalah cerminan kepada ketidaktentuan ekonomi yang kian meningkat yang mana dalam konteks semasa adalah mengenai prospek kadar faedah yang lebih tinggi di AS dan prospek inflasi.
"Kadar inflasi yang lebih tinggi memberi kesan kepada sektor pengguna kerana kos perniagaan meningkat, sekali gus menjejaskan margin keuntungan mereka.
"Rizab Persekutuan AS turut tegas dengan kempen kenaikan kadar mereka yang mungkin boleh mencetuskan aktiviti ekonomi yang lebih perlahan pada satu ketika di masa hadapan," katanya kepada Bernama.
Pada Selasa, pengerusi Fed Jerome Powell berkata Fed akan terus menaikkan kadar sehingga inflasi turun.
Mohd Afzanizam berkata bank-bank pusat utama juga kemungkinan mengetatkan cengkaman mereka terhadap dasar monetari kerana inflasi tampak berleluasa.
"Jadi, bank pusat utama benar-benar berada di tempat yang sukar kerana mereka perlu menimbang antara tekanan inflasi yang meningkat dan memastikan pertumbuhan ekonomi kekal teguh," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata larangan eksport produk berkaitan agromakanan oleh bidang kuasa tertentu dijangka meningkatkan tahap tekanan inflasi.
Ringgit, bagaimanapun, didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nilai mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapuran kepada 3.1693/1717 berbanding penutupan Rabu pada 3.1713/1728, lebih tinggi berbanding euro kepada 4.6200/6231 daripada 4.6268/6284, dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4406/4443 daripada 5.4554/4573.
Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.4269/4295 daripada 3.4041/4055.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Mohd Afzanizam berkata, bank-bank pusat utama mungkin mengetatkan cengkaman terhadap dasar monetari kerana inflasi tampak berleluasa.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Petronas catat pendapatan rendah pada suku ketiga ketika purata harga direalisasi lemah
Perolehan menyusut kepada RM82.9 bilion daripada RM98.9 bilion tahun ke tahun, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah.
Singapura sekali lagi diuji dalam ketidaktentuan geopolitik, ekonomi - PM Lee
Singapura yang sebelum ini mengharungi pandemik COVID-19, sepertimana negara-negara lain, sekali lagi sedang diuji di tengah-tengah senario kemelut geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi.
Khazanah sedia menyokong 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat'
Visi 'Ekonomi MADANI' memberikan pandangan positif untuk masa depan negara terutamanya ketika berada dalam ketidaktentuan global.
Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2023 dalam ketidaktentuan ekonomi global - DOSM
Ekonomi Malaysia diunjur menyederhana antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada tahun depan, sejajar dengan ramalan global IMF.
Ringgit cecah RM4.4 berbanding dolar AS, terendah sejak Mac 2020
Ringgit mencatatkan rekod terendah pada 23 Mac, 2020 apabila ia mencecah paras RM4.447.
Harga emas melonjak naik, orang ramai mula membanjiri kedai emas di Bangkok
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-Ocha menasihati orang ramai agar tidak melakukan penjualan emas tersebut secara tergesa-gesa.
Bank Negara dijangka kekalkan kadar pinjaman sedia ada - penganalisis
Bank pusat dijangka tidak akan menyusuli langkah pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berlanjutan.