KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan peserta pasaran mengambil kira perkembangan politik dan situasi COVID-19 di Malaysia, kata peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun 95 mata asas (bps) untuk dibuka kepada 4.1700/1750 berbanding dolar AS daripada 4.1605/1625 sewaktu ditutup pada Rabu.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata sentimen terhadap ringgit dipengaruhi terutamanya daripada keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi yang mana parti itu menarik balik dan menamatkan sokongan serta merta kepada kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media secara maya selepas mesyuarat berkenaan.
"Ketidakstabilan politik seumpama ini tidak disukai oleh pelabur kerana perkembangan agenda ekonomi negara mungkin akan tertangguh," katanya kepada Bernama, menyatakan situasi sedemikian akan memberi tekanan menurun kepada unit tempatan.
Sehubungan itu, beliau berkata ringgit dijangka diniagakan antara RM4.16 hingga RM4.17 berbanding dolar AS hari ini.
Sementara itu, semalam Malaysia merekodkan 7,097 kes baharu COVID-19.
Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0877/0917 daripada 3.0878/0895 pada penutupan Rabu dan meningkat berbanding euro kepada 4.9164/9223 daripada 4.9210/9234 semalam.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7724/7769 daripada 3.7563/7585 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7500/7569 daripada 5.7452/7480 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun 95 mata asas (bps) untuk dibuka kepada 4.1700/1750 berbanding dolar AS.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.