awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
02/02/2021
03:16 MYT
Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS
Penurunan ringgit mungkin bersifat sementara kerana harga minyak terus meningkat.
KUALA LUMPUR:Ringgit dibuka rendah sedikit dengan dolar AS menunjukkan pengukuhan di celah-celah berita bahawa Amerika Syarikat mempunyai kelebihan dalam mengembangkan ekonominya dan memvaksinkan penduduknya bagi memerangi COVID-19.
Pada jam 9 pagi, ringgit turun kepada 4.0450/0550 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 pada Jumaat lepas.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata penurunan ringgit mungkin bersifat sementara kerana harga minyak terus meningkat dan terdapatnya jangkaan pengurangan risiko terhadap mata wang baharu termasuk ringgit.
Ketika berita ini ditulis, minyak mentah penanda aras Brent meningkat 0.96 kepada US$56.89 setong.
"Permintaan mungkin akan lemah sedikit, mengambil petunjuk daripada pemulihan ekonomi yang perlahan di China serta sekatan pergerakan di celah musim sambutan Tahun Baru Cina
"Bagaimanapun, saya berpendapat ini mungkin sementara sahaja dan pasaran boleh mengatasinya," kata beliau kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0356/0443 daripada 3.0369/0416 pada Jumaat tetapi merosot berbanding yen Jepun pada 3.8568/8667 daripada 3.8524/8575.
Unit tempatan itu lemah berbanding pound Britain kepada 5.5303/5444 daripada 5.5207/5291 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.8807/8944 daripada 4.8945/9021 sebelumnya.
Pasaran ditutup pada Khamis lepas sempena sambutan perayaan Thaipusam dan pada Isnin bagi Hari Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Amerika Syarikat
#ekonomi
#COVID-19
#Stephen Innes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan