KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup hari ini, menjejaki sentimen yang bertambah baik untuk yuan China susulan perkembangan yang positif di Shanghai, di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan di AS.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.3880/3915 berbanding 4.3980/3995 ketika ditutup pada Jumaat.
Rakan Kongsi Pengurusan, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, berikutan Shanghai mencatatkan kes 'sifar COVID-19' di seluruh daerahnya, bandar itu dijangka dibuka secara berperingkat, justeru, ini meningkatkan ringgit dan proksi pertukaran asing serantau China yang lain.
"Jika China boleh merancang pembukaan semula yang kukuh, prestasi ringgit akan menjadi lebih positif, kata Innes kepada Bernama.
Ringgit berkorelasi positif dengan yuan China memandangkan China kekal sebagai rakan dagangan terpenting Malaysia.
Sementara itu, penganalisis kanan OANDA Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata kebimbangan mengenai kemungkinan kemelesetan di AS berkemungkinan membawa kepada pembetulan yang wajar pada dolar AS.
Ini katanya, seharusnya memberi keredaan kepada euro dan mata wang Asia dan mungkin emas dan mata wang kripto, sekurang-kurangnya sehingga Rizab Persekutuan AS (Fed) meningkatkan kadar faedah terasnya sebanyak 0.5 peratus lagi pada Jun.
Ringgit, bagaimanapun, diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1643/1671 daripada 3.1482/1497 ketika ditutup pada Jumaat dan susut berbanding euro kepada 4.5969/6005 daripada 4.5625/5640.
Ringgit juga turun berbanding pound Britain kepada 5.4653/4696 daripada 5.3568/3586 Jumaat lepas dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3939/3969 daripada 3.4127/4142 sebelumnya.
Pasaran ditutup pada Isnin sebagai ganti cuti umum Hari Wesak yang jatuh pada hari Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Ringgit berkorelasi positif dengan yuan China memandangkan China kekal sebagai rakan dagangan terpenting Malaysia. - Gambar hiasan/ Reuters

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS bagi tiga hari berturut-turut
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan penurunan harga minyak dan pengukuhan dolar AS, kata seorang penganalisis.

Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit menyaksikan urus niaga lebih positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup mengukuh pada Jumaat.

Ringgit naik berbanding dolar AS, jejaki sentimen positif yuan
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup hari ini, menjejaki sentimen yang bertambah baik untuk yuan China.

Ringgit tak stabil kerana nilai tidak ditetap, dijamin kerajaan - Tun Mahathir
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini ringgit tidak stabil kerana nilainya tidak ditetapkan dan dijamin pihak kerajaan.

Mata wang ringgit jatuh? Tidak hanya eksklusif kepada Malaysia - Pakar
Antara mata wang lain yang turut terkesan seperti yen, yuan, euro, pound sterling dan Swiss franc.

Nilai ringgit bertambah 0.9 peratus sejak 1 Oktober - Bank Negara
Ia sejajar dengan trend mata wang serantau yang lain dan katanya, ringgit terus disokong oleh prospek dalam negara yang lebih baik susulan pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.

Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah
Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia terus melancong walaupun nilai ringgit susut
Walaupun nilai ringgit Malaysia merosot, rakyat Malaysia masih terus melancong ke destinasi tempatan dan juga asing, kata MATTA.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, ringgit disebut pada 3.8590/8650 daripada 3.8660/8700 sewaktu ditutup pada Khamis.

Jentera BN perlu gembleng tenaga capai kemenangan besar pada PRU14 - PM Najib
Perdana Menteri berkata dengan mandat yang lebih besar itu beliau yakin kemajuan yang lebih pesat mampu dikecapi di setiap negeri dengan rakyat dapat merasai nikmat pembangunan itu.