awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit naik berbanding dolar AS ketika awal dagangan

Bernama
Bernama
30/12/2021
02:06 MYT
Ringgit naik berbanding dolar AS ketika awal dagangan
Pada 9 pagi, unit tempatan naik 115 mata asas (bps) kepada 4.1685/1725 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar AS sewaktu dibuka hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.3 peratus kepada 95.910 mata dengan sentimen mengambil risiko yang menjadi semakin ketara, menurut penganalisis.
Pada 9 pagi, unit tempatan naik 115 mata asas (bps) kepada 4.1685/1725 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1805 sewaktu ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) ditutup pada paras tertinggi sepanjang masa kepada 36,488 mata, manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat 10-tahun meningkat hampir tujuh mata asas untuk ditutup kepada 1.55 peratus malam tadi.
"Sehubungan itu, ringgit dijangka dalam kedudukan lebih kukuh hari ini," katanya.
Selain itu, beliau percaya kebimbangan terhadap Omicron yang semakin reda dan harapan yang tinggi ke atas pembukaan semula ekonomi yang mampan mungkin mengekang jangkaan prospek yang lebih baik pada 2022.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali berbanding yen Jepun yang meningkat kepada 3.6248/6286 daripada 3.6348/6355 sewaktu ditutup pada Rabu.
Unit tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.7317/7362 daripada 4.7150/7156, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6262/6316 daripada 5.6062/6069,dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0862/0896 daripada 3.0856/0864 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan