KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen negatif terus melemahkan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, unit tempatan naik 150 mata asas (bps) untuk ditutup kepada 4.2010/2055 berbanding dolar AS daripada 4.2160/2190 semasa ditutup pada Selasa.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS meneruskan aliran menurun berbanding mata wang lain selepas pembuat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) melihat wujud keperluan mengekalkan rangsangan kewangan sehingga keadaan ekonomi stabil.
"Komen tersebut nampaknya meningkatkan minat risiko dalam kalangan pelabur yang sudah mula mencari aset yang kurang selamat seperti ekuiti sambil menjual mata wang AS dalam proses itu.
"Menjelang hari Khamis ini, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS akan memberi petunjuk bahar mengenai kedudukan ekonomi AS," katanya.
Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 2.2 peratus tahun ke tahun pada Julai, 2021 kepada 122.5 berbanding 119.9 pada bulan yang sama tahun lepas.
Pada penutupan, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1056/1092 daripada 3.1075/1100 pada Selasa dan melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.8254/8298 daripada 3.8429/8459 sebelumnya.
Unit tempatan juga naik berbanding pound Britain kepada 5.7667/7729 daripada 5.7810/7851 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbandi euro kepada 4.9362/9415 daripada 4.9458/9493 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen negatif terus melemahkan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.