awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS didorong data pekerjaan AS rendah

Bernama
Bernama
08/09/2025
01:15 MYT
Ringgit tinggi berbanding dolar AS didorong data pekerjaan AS rendah
Mohd Afzanizam berkata, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berikutan perkembangan politik di Jepun, yang boleh memberi sokongan kepada dolar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) yang rendah.

Ringkasan AI
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas data pekerjaan AS (NFP) rendah yang meningkatkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve.
  • Namun, ringgit dijangka diniagakan berhati-hati susulan perkembangan politik di Jepun yang berpotensi mengukuhkan dolar AS.
  • Ringgit turut mengukuh berbanding beberapa mata wang utama dan ASEAN, kecuali baht Thailand.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2030/2285 berbanding dolar AS daripada 4.2260/2320 semasa ditutup pada Khamis lepas.
Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti Maulidur Rasul.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan NFP AS pada Ogos yang lebih rendah daripada jangkaan dijangka membuka laluan kepada penurunan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan.
Bagaimanapun, katanya ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berikutan perkembangan politik di Jepun, yang boleh memberi sokongan kepada dolar.
“Situasi di Jepun, iaitu perdana menterinya menawarkan peletakan jawatan dilihat positif untuk dolar berikutan kepimpinan baharu dijangka lebih cenderung kepada pendekatan dasar fiskal yang menyokong pertumbuhan.
“Sehubungan itu, dolar AS berbanding ringgit dijangka berada antara 4.21 dan 4.23 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Ringgit kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dalam dagangan awal.
Ia mengukuh kepada 2.8322/8496 berbanding yen daripada 2.8489/8531 minggu lepas dan meningkat kepada 5.6694/7038 berbanding pound daripada 5.6793/6874. Ia berubah sedikit berbanding euro kepada 4.9213/9512 daripada 4.9203/9273 sebelum ini.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat kepada 256.5/257.9 berbanding rupiah daripada 257.3/257.7 pada Khamis lepas, naik kepada 3.2706/2867 berbanding dolar Singapura daripada 3.2775/2824 dan tinggi kepada 7.35/7.39 berbanding peso daripada 7.40/7.42.
Ia merosot kepada 13.0454/1158 berbanding baht daripada 13.0666/0908 minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Kadar Faedah AS
#perkembangan politik di Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan