awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 Mac 2024

Bernama
Bernama
22/03/2024
10:03 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 Mac 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.4 bilion (AS$1=RM4.731) pada 15 Mac 2024 berbanding dengan AS$114.3 bilion pada 29 Feb 2024.
Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.8 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM620.64 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.34 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.55 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM56.19 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM168.01 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.93 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.05 bilion), deposit lain (RM39.89 bilion), kertas Bank Negara (RM29.80 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.73 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#import barangan
#perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan