awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024

Bernama
Bernama
07/11/2024
09:57 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion (AS$1 = RM4.40) setakat 30 Oktober 2024, berbanding AS$119.6 bilion pada 15 Oktober 2024.
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.
Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$104.6 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM482.82 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.80 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM58.36 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.26 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM134.37 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM6.75 bilion), deposit lain (RM64.72 bilion), kertas Bank Negara (RM11.57 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.21 bilion)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#import barangan
#hutang luar negeri
#BNM
#paras rizab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan