awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Okt 2024

Bernama
Bernama
22/10/2024
09:12 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Okt 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Oktober 2024 berbanding dengan AS$119.7 bilion pada 30 September 2024.
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, menurut BNM dalam kenyataan pada Selasa.
Komponen utama rizab antarbangsa itu meliputi rizab mata wang asing (AS$106.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM596.87 bilion yang meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM491.64 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.53 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.11 bilion) serta aset lain (RM58.14 bilion).
BNM menjelaskan modal dan liabiliti berjumlah RM596.87 bilion merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM138.12 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM8.45 bilion), deposit lain (RM65.19 bilion), Kertas Bank Negara (RM12.22 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM2.98 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#import barangan
#hutang luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan