awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara - PM Anwar
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan
Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM meingkat kepada AS$125.6 bilion setakat 15 Januari 2026

Bernama
Bernama
22/01/2026
08:44 MYT
Rizab antarabangsa BNM meingkat kepada AS$125.6 bilion setakat 15 Januari 2026
Kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek. - Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$125.6 bilion setakat 15 Jan 2026 daripada AS$125.5 bilion setakat 31 Dis 2025.
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek.
"Komponen utama rizab tersebut terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$110.4 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$5.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut bank pusat, jumlah aset berjumlah RM600.43 bilion terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM510.07 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion) dan deposit dengan institusi kewangan (RM2.42 bilion).
Dalam pada itu, pinjaman dan pendahuluan (RM28.49 bilion), harta dan peralatan (RM4.56 bilion) serta aset lain (RM41.45 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM600.43 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM199.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM179.80 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM107.30 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM8.58 bilion), deposit lain (RM65.59 bilion), kertas Bank Negara (RM9.02 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) serta liabiliti lain (RM3.79 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#BNM
#Bank Negara Malaysia
#import
#tukaran asing
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan