awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM sebanyak AS$104.2 bilion pada 15 Ogos

Bernama
Bernama
21/08/2018
08:52 MYT
Rizab antarabangsa BNM sebanyak AS$104.2 bilion pada 15 Ogos
Bank pusat itu berkata rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negara jangka pendek.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.2 bilion pada 15 Ogos berbanding AS$104.5 bilion pada 31 Julai 2018.
Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing sebanyak AS$97.8 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
BNM berkata aset-aset meliputi emas dan tukaran asing, dan rizab lain termasuk SDR (RM421.72 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.30 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.24 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.15 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM8.83 bilion).
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Dana Kewangan Antarabangsa
#emas
#hak pengeluaran khas
#rizab
#SDR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan