awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2 bilion pelaburan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/03/2021
06:53 MYT
RM2 bilion pelaburan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun
Kumpulan Sunway akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk membesarkan lagi sebahagian Jalan Tambun ke Sunway City Ipoh. - Foto Astro AWANI
IPOH: Kumpulan Sunway akan membelanjakan RM2 bilion untuk melaksanakan pelbagai pembangunan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Pengerusi dan Pengasasnya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata, antara pembangunan yang akan dilakukan ialah hospital, kampus kolej universiti dan pusat membeli belah.
Menurut beliau, pihaknya juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk membesarkan lagi sebahagian Jalan Tambun ke Sunway City Ipoh.
"Ketika musim perayaan atau musim cuti, hampir dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya PLUS dan kita sasarkan 30 hingga 50 peratus daripada mereka singgah di Sunway City Ipoh untuk menikmati perkhidmatan yang kami sediakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020-2030 di sini hari ini.
Pelancaran pelan tindakan itu disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Dr Jeffrey Cheah berkata, pihaknya telah memulakan kerja-kerja pembangunan yang dijangka memakan sedikit masa kerana ia akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
“Kita mahu menjadikan bandar ini sebagai daya tarikan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sini, seterusnya ke Ipoh,” ujarnya.
Menurutnya, pihaknya akan menggunakan pengalaman Sunway City Kuala Lumpur dan Iskandar untuk membangunkan Sunway City Ipoh.
Topic Berkaitan
#Kumpulan Sunway
#Menteri Besar Perak
#Dr Jeffrey Cheah
#Sunway City
#PLUS
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan