KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak melalui pelbagai projek dan inisiatif baharu pada tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Dewan Rakyat hari ini berkata, bagi menjamin pembangunan Sabah, kerajaan akan menyerahkan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata melalui penyerahan kuasa itu yang dijangka dapat dimuktamadkan menjelang Januari tahun hadapan itu, Kerajaan Negeri Sabah memiliki wewenang untuk mengawal selia bekalan gas dan elektrik berdasarkan kepentingan negeri.
Selain itu, beliau berkata projek pembangunan sistem tenaga boleh baharu dan menaik taraf sistem bekalan elektrik di Gugusan Felda Sahabat juga akan dilaksanakan bagi menambah baik daya harap bekalan elektrik di negeri di Bawah Bayu itu.
"Projek dengan kos sebanyak RM195 juta ini akan memanfaatkan rakyat di kawasan tersebut dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)," katanya.
Dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan di kedua-dua wilayah tersebut pula, Perdana Menteri berkata lebih banyak projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah akan dilaksanakan.
"Sehingga kini, sebanyak 64 projek sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan 43 projek lagi di Sabah," katanya.
Anwar turut berkata sebuah pusat darah wilayah akan dibina di Sabah, manakala Makmal Kesihatan Awam dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan akan dibina di Kuching, Sarawak bagi meningkatkan kemudahan kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih saksama.
Sabah dan Sarawak juga akan mendapat manfaat pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang mampan dan berdaya tahan dengan pembinaan Sarawak-Sabah Link Road II dan Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.
Menurut Anwar, kerajaan juga melaksanakan Program Khas Bumiputera Sarawak dan Program Khas Anak Negeri Sabah untuk meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
"Dalam kerangka Ekonomi MADANI, pendekatan kita sesungguhnya merentas kaum, sama ada menoktahkan kemiskinan atau membaiki sekolah daif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Anwar berkata, bagi menjamin pembangunan Sabah, kerajaan akan menyerahkan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan negeri. - Gambar/ Japen

Pelaksanaan hari rehat mingguan anggota bomba belum diputuskan - KPPA
Pelaksanaan hari rehat mingguan (HRM) untuk anggota bomba masih belum diputuskan dan memerlukan penelitian lanjut, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Pantau Agenda Reformasi: Kenali potensi, cari peluang & bina masa depan
Apakah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan pelajar yang cemerlang dalam SPM 2024?
Bagaimana sistem pendidikan boleh membantu pelajar yang kurang cemerlang untuk meningkatkan prestasi mereka?
Bersama kita Dr Anuar Ahmad, Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Bagaimana sistem pendidikan boleh membantu pelajar yang kurang cemerlang untuk meningkatkan prestasi mereka?
Bersama kita Dr Anuar Ahmad, Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

SPM 2024: Ahmad Zahid ucap tahniah, bangga MRSM catat prestasi cemerlang
Ahmad Zahid berkata gred purata (GP) oleh calon SPM daripada MRSM meningkat kepada 1.892 berbanding 2.392 pada tahun sebelumnya.

Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' menerusi BSN SSP
Roswani Ismail, 56, terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai BSN pada hari keempat sambutan Aidilfitri, 3 April lalu.
Kira-kira 80% kakitangan di Putrajaya obesiti - KPPA
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dedahkan kira-kira 80 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.

Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - Pegawai penyiasat
Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan memberitahu mahkamah terdapat elemen pengabaian yang timbul semasa siasatannya terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.
Penggunaan AI perlu disertai sikap tanggungjawab
Datuk Seri Anwar tegaskan AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Lima penyamun 'mengganas' di Kota Tinggi ditahan
Polis merampas semula barangan samun termasuk rantai tangan emas dan telefon bimbit, serta senjata parang dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi
Amaran itu dikeluarkan ketika Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan 2024 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.
Tiada layanan dua darjat isu Jalur Gemilang, siasat semua pihak
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu Jalur Gemilang dan siasatan dilakukan tanpa mengira pihak.

KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.

Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.

Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.

Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).

Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.

Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.

Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.

564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.

RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.