awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Genting turun selepas pengumuman Belanjawan 2019

Bernama
Bernama
05/11/2018
03:37 MYT
Saham Genting turun selepas pengumuman Belanjawan 2019
Kenaikan cukai kasino dan fi lesen adalah kesan negatif bagi pengendali kasino. - Gambar hiasan
Harga saham Genting Bhd susut 45 sen semasa awal dagangan hari ini kepada RM6.75, manakala saham Genting Malaysia Bhd (GENM) turun 99 sen kepada RM3.55, memandangkan sektor perjudian dilihat sebagai satu daripada dua yang paling terjejas susulan pengumuman Belanjawan 2019.
Pada 10.24 pagi, sebanyak 17.08 juta saham Genting diniagakan dan bagi GENM, 221.34 juta saham bertukar tangan.
Kenanga Investment Bank Bhd berkata meskipun dengan kenaikan cukai dan pengumuman fi lesen, pihaknya masih melihat wujudnya nilai dalam sektor itu.
"Ia merupakan kenaikan pertama sejak 2005 dan tidak dijangkakan, namun memandangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan mahu mendapatkan sumber hasil cukai baharu berikutan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada Jun, cukai ke atas rokok, arak dan judi adalah sasaran paling mudah," katanya dalam nota hari ini.
Kenanga menurunkan anggaran harga sasaran Genting bagi tahun kewangan 2019 kepada RM8.20, dan RM4.75 bagi GENM.
"Keseluruhannya, kenaikan cukai kasino dan fi lesen adalah kesan negatif bagi pengendali kasino, namun, selain saham Genting, kami mengekalkan saranan harga tawaran kami untuk saham perjudian lain," menurutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#cukai
#fi lesen
#Genting
#GST
#kasino
#Kenanga Investment Bank
#kesan negatif
#saham
#sektor perjudian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan