awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia - Standard Chartered

Bernama
Bernama
15/01/2020
12:05 MYT
Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia -  Standard Chartered
Menteri Industri Utama Teresa Kok pada Isnin telah menafikan laporan mengenai sekatan ke atas minyak sawit Malaysia. - Gambar fail
Jumlah kuantiti eksport minyak sawit bertapis Malaysia ke India adalah kecil iaitu dianggarkan sekitar AS$300 juta setahun.
Sehubungan itu, sebarang tindakan seperti sekatan dikenakan pengimport minyak sawit India bagi pembelian komoditi Malaysia itu sebaliknya hanya memberi impak minimum kepada negara ini, demikian menurut Standard Chartered.
"Pada akhirnya, India yang perlu membelinya daripada sumber lain dan sekiranya sekatan itu dikuatkuasakan dan mereka perlu membeli pada harga lebih tinggi," kata Ketua Pakar Ekonomi dan Penyelidikan ASEAN/Asia Selatan Standard Chartered, Edward Lee kepada pemberita pada satu taklimat penyelidikan di sini, hari ini.
Malah, beliau berkata secara amnya perkembangan itu akan hanya memberi sokongan kepada harga minyak sawit mentah (MSM).
"Ia turut memberi sokongan kepada eksport Malaysia dan juga akaun semasanya," katanya.
Laporan sebelum ini menyatakan Kementerian Perdagangan dan Industri India telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa import minyak sawit bertapis telah dipinda daripada 'bebas' kepada 'terhad.'
Namun, Menteri Industri Utama Teresa Kok pada Isnin telah menafikan laporan mengenai sekatan ke atas minyak sawit Malaysia.
"Mana ada boikot? Mereka cuma minta kita (Malaysia) lebihkan eksport MSM ke sana dan kurangkan eksport minyak bertapis," kata Kok pada satu sesi taklimat bersama penanam sawit Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksport malaysia
#India
#kelapa sawit
#kuantiti eksport
#Malaysia
#minyak sawit
#sekatan minyak sawit
#Standard Chartered
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan