KUALA LUMPUR: Sektor pembuatan dijangka mengekalkan pertumbuhan dalam tempoh terdekat walaupun pengeluarannya agak sederhana pada Mei selain bacaan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Jun jatuh di bawah 50.0 kepada 49.9 berbanding 50.2 yang disaksikan semasa Mei.
Kenanga Investment Bank Bhd berkata keyakinan ini berpunca daripada jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi berkemungkinan mendapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
"Selain itu, industri berorientasikan domestik dijangka kekal mantap, dirangsang oleh permintaan tempatan yang kukuh selepas didorong oleh pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ketibaan pelancong yang semakin meningkat dan keadaan pasaran buruh yang stabil," katanya dalam laporan Economic Viewpoint firma penyelidikan itu pada Isnin.
Bagaimanapun, Kenanga berkata pertumbuhan tersebut menghadapi risiko penurunan daripada faktor luaran seperti impak krisis Laut Merah ke atas kesesakan pelabuhan global, ketegangan perdagangan AS-China yang diperbaharui termasuk perang Rusia-Ukraine yang masih berterusan.
"Berdasarkan pengeluaran perindustrian domestik yang positif pada April serta Mei (purata: 4.2 peratus) dan permintaan domestik yang kukuh seperti yang dicerminkan dalam prestasi perdagangan pengedaran (purata: 6.8 peratus) semasa tempoh yang sama, kami menjangkakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang lebih baik pada suku kedua 2024 iaitu sebanyak 5.1 peratus.
"Oleh itu, kami mengekalkan unjuran KDNK 2024 kami pada 4.5 peratus hingga 5.0 peratus (2023: 3.6 peratus)," katanya.
Sebuah lagi bank pelaburan, Public Investment Bank Bhd, menjangkakan prospek pertumbuhan sektor perindustrian yang lebih baik.
Bagaimanapun, permintaan luar kekal sebagai faktor risiko kritikal yang boleh memberi kesan ketara kepada prestasi domestik.
Walaupun terdapat risiko menurun, peningkatan yang dijangkakan dalam eksport elektronik, ditambah dengan kesan asas yang menggalakkan, mungkin akan mengurangkan beberapa kesan negatif.
"Kami meramalkan eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia akan menokok 5.4 peratus dari tahun ke tahun pada 2024. Selain itu, kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK global mencecah 3.0 peratus pada 2024," kata Public Investment Bank.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd berkata dengan latar belakang global sekarang ini, aktiviti pembuatan Malaysia dijangka kekal menyokong pada masa hadapan, meraih limpahan daripada pemulihan teknologi global dan kedudukannya dalam rantaian semikonduktor.
Berikutan itu, bank pelaburan tersebut mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNKnya pada 4.8 peratus dari tahun ke tahun bagi tahun ini.
Jabatan Perangkaan (DoSM) pada Jumaat lepas melaporkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia naik sederhana sebanyak 2.4 peratus dari tahun ke tahun pada Mei 2024 .
IPI kekal positif pada Mei 2024 (April 2024: 6.1 peratus), dengan sektor pembuatan tumbuh 4.6 peratus (April 2024: 4.9 peratus) dan pengembangan 4.2 peratus dalam pengeluaran elektrik (April 2024: 7.8 peratus).
Namun, pengeluaran dalam keluaran sektor perlombongan menjunam 6.9 peratus berbeza dengan pertumbuhan dua angka sebanyak 10.0 peratus yang dicatatkan pada April 2024. Berbanding bulan sebelumnya, IPI melantun semula kepada 3.5 peratus daripada - 7.6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Kenanga Investment Bank Bhd berkata, industri berorientasikan domestik dijangka kekal mantap, dirangsang oleh permintaan tempatan yang kukuh selepas didorong oleh pengeluaran Akaun 3 KWSP. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.