Kekukuhan dan daya tahan industri perbankan dan insurans Malaysia yang berterusan akan kekal disokong oleh pengurusan risiko yang mantap serta mudah tunai dan penampan modal pada 2016 dalam keadaan operasi yang mencabar, kata Bank Negara Malaysia.
Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, faktor-faktor ini akan memberikan sokongan kukuh terhadap aktiviti pengantaraan kewangan dan mengekalkan keupayaan sistem kewangan untuk mengharungi perkembangan ini.
Beliau berkata satu lagi perkembangan utama dalam sektor kewangan negara yang memberikan implikasi penting terhadap kestabilan kewangan ialah pembaharuan perundangan yang komprehensif sepanjang 15 tahun lalu, yang menghasilkan enakmen 12 undang-undang untuk sektor kewangan.
"Undang-undang ini telah menjadi pemangkin kepada pengukuhan selanjutnya dalam rangka kerja pengawalan, penyeliaan dan institusi untuk menangani cabaran baharu dalam pengurusan kestabilan kewangan," kata Zeti dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2015 yang dikeluarkan hari ini.
Gabenor itu berkata hubungan antara sistem kewangan dan ekonomi benar turut mengambil dimensi baharu yang lebih luas.
Sistem kewangan juga semakin saling berhubung merentas sempadan dengan penyertaan instutusi kewangan yang meningkat pada peringkat global dan serantau, selain pasaran kewangan antarabangsa yang lebih bersepadu, kata Zeti.
Beliau berkata penjajaran rangka kerja pengawalseliaan domestik yang teratur dengan agenda pembaharuan pengawalseliaan global yang luas telah diurus dengan sewajarnya untuk mencapai daya tahan jangka panjang yang lebih teguh tanpa gangguan yang tidak dijangka.
Sebagai respons kepada perkembangan ini, Zeti berkata bank juga telah meningkatkan pengawasan serta mengkaji semula dan mempertingkatkan piawaian kehematan, amalan dan integriti untuk institusi kewangan.
"Langkah ini turut diperkukuh oleh rangka kerja dan pengaturan kerjasama yang lebih luas, dengan dengan pihak berkuasa lain.
"Peningkatan penyeliaan termasuk ke atas kumpulan kewangan, akan terus menjadi keutamaan yang tinggi bagi bank pada masa depan," katanya.
Dalam persekitaran semasa, bank pusat juga memberi perhatian kepada tanda-tanda kecenderungan kitaran perlakuan bank, katanya.
Zeti berkata berikutan pelbagai langkah yang telah dilaksanakan untuk menggalakkan pemberian pinjaman yang kukuh, penentuan harga berasaskan risiko dan amalan penyediaan peruntukan semasa tempoh pertumbuhan kredit yang kukuh, kecenderungan kitaran perlakuan bank kini telah dapat dikurangkan.
Usaha menjadikan sistem kewangan negara lebih inklusif terus menjadi bahagian penting dalam mandat Bank untuk memajukan agenda kestabilan kewangan negara yang juga merupakan faktor kondusif untuk pertumbuhan mampan.
Setelah mencapai kemajuan ketara dalam usaha meningkatkan akses kewangan, yang menyaksikan perkhidmatan kewangan kini dalam jangkauan yang mudah digunakan oleh 99 peratus rakyat Malaysia di seluruh negara, bank itu telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan kewangan.
Khususnya, bank menggalakkan inovasi berterusan, dengan tumpuan lebih inklusifterhadap seluruh spektrum perkhidmatan kewangan - termasuk simpanan, insurans, kredit dan pembayaran.
Memandangkan tahap keberhutangan isi rumah semakin meningkat, BNM juga telah memberikan perhatian terhadap usaha untuk mengekang trend ini dengan menyediakan mekanisme bantuan yang lebih berkesan untuk isi rumah yang menghadapi kesukaran kewangan.
Usaha ini akan terus disokong oleh program pendidikan dan juga pengawalan agar seimbang dengan objektif kestabilan, rangkuman dan integriti kewangan.
Bernama
Wed Mar 23 2016
Zeti (gambar) berkata hubungan antara sistem kewangan dan ekonomi benar turut mengambil dimensi baharu yang lebih luas. -Gambar fail
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sektor perbankan dan insurans disokong pengurusan risiko yang baik - Zeti
Gabenor itu berkata hubungan antara sistem kewangan dan ekonomi benar turut mengambil dimensi baru yang lebih luas.