awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor terima 247 pelaburan baharu, wujudkan 14,393 peluang pekerjaan pada 2021

Dagang News
Dagang News
14/04/2022
00:30 MYT
Selangor terima 247 pelaburan baharu, wujudkan 14,393 peluang pekerjaan pada 2021
Sejak 2017, Selangor kekal berada di hadapan dan berjaya menerima 1,329 projek dengan jumlah pelaburan RM67.5 bilion. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Selangor terus menerima jumlah projek pembuatan tertinggi selain berjaya mewujudkan peluang pekerjaan tertinggi di Malaysia walaupun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar.
Invest Selangor dalam satu kenyataan berkata, sejumlah 247 pelaburan baharu diterima dan 14,393 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan tahun lalu.
Sejak 2017, Selangor kekal berada di hadapan dan berjaya menerima 1,329 projek dengan jumlah pelaburan RM67.5 bilion.
"Keadaan pandemik dan kelembapan perkembangan ekonomi, kekurangan misi promosi dan sesi libat urus di luar negara kerana penutupan sempadan antarabangsa selain kekurangan kemasukan pelaburan asing yang rendah pada 2021.
"Lebih 60% daripada jumlah pelaburan Selangor pada 2021 disumbangkan oleh aktiviti pengembangan, menandakan keyakinan kukuh dalam kalangan pelabur dalam rantaian bekalan matang dan ekosistem perniagaan yang teguh di negeri itu.
"Terdapat beberapa projek terkenal melibatkan perkembangan projek Hartalega, Top Gloves, Duopharma dan Datasonic selain Denso dan Wistron," katanya.
Berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Selangor menerima pelaburan sejumlah RM7.5 bilion dalam sektor pembuatan pada 2021 yang disumbangkan daripada pelaburan langsung domestik (DDI) yang menyumbang sebanyak RM6.1 bilion.
"Pelaburan dalam projek melibatkan getah, kimia, elektrik dan elektronik dan sektor peralatan pengangkutan menjadi antara penyumbang utama sebanyak 71%, benilai sebanyak RM5.36 bilion.
"Fokus terhadap kluster industri kekal menjadi penyumbang terbesar dalam nilai pelaburan keseluruhan," katanya.
Sejak 2017, Selangor menerima RM31.1 bilion (46% daripada jumlah keseluruhan pelaburan dalam sektor pembuatan untuk 2017-2021) selain mengekalkan DDI secara purata RM6 bilion setahun. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#pelaburan
#pekerjaan
#projek pembuatan
#Invest Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan