KUALA LUMPUR: Para peniaga meramalkan keadaan perniagaan yang bertambah baik untuk suku ketiga 2023 dengan petunjuk keyakinan positif iaitu 0.7 peratus berbanding -3.1 peratus pada suku kedua 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ia disokong antaranya termasuk kestabilan pasaran pekerjaan, peningkatan dalam pelancongan domestik dan jangkaan yang lebih optimis dalam industri pelancongan kesihatan.
"Pada suku ketiga 2023, jangkaan perniagaan positif disokong oleh sektor perkhidmatan dan industri," katanya dalam satu kenyataan berkenaan statistik kecenderungan perniagaan bagi suku tersebut hari ini.
DOSM berkata sektor perkhidmatan terus optimis terhadap prospek perniagaan dengan petunjuk keyakinan 6.1 peratus berbanding 3.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Pada masa yang sama, sentimen dalam sektor Industri melonjak kepada trajektori positif dengan mencatatkan 1.3 peratus berbanding -2.1 peratus pada suku kedua 2023.
Ia berkata persepsi yang lebih baik dalam sektor industri disokong oleh dua sub-sektor, iaitu pertanian dan perlombongan, yang kedua-duanya menjangkakan keadaan perniagaan yang menggalakkan dalam suku tahun rujukan.
Sebaliknya, sektor pembinaan terus menjangkakan keadaan perniagaan yang negatif dengan petunjuk keyakinan -26.9 peratus pada suku ketiga 2023.
Begitu juga, sektor perdagangan borong dan runcit kekal pesimis dengan petunjuk keyakinan yang lebih baik -1.5 peratus pada suku tahun rujukan daripada -10.2 peratus pada suku kedua 2023, katanya.
Sentimen perniagaan kekal optimis untuk separuh kedua 2023
DOSM berkata melihat kepada sentimen perniagaan untuk enam bulan akan datang berakhir Disember 2023, peniaga kekal optimis, meskipun dengan imbangan bersih yang lebih rendah iaitu 13.9 peratus daripada 14.9 peratus direkodkan sebelum ini.
"Tinjauan positif disokong merentas semua sektor, menunjukkan keadaan perniagaan yang bertambah baik dalam tempoh yang diramalkan," kata agensi itu.
Menurut DOSM sektor perkhidmatan menjangkakan situasi perniagaan yang menggalakkan dalam enam bulan akan datang dengan imbangan bersih 27.0 peratus berbanding 30.1 peratus yang dicatatkan bagi tempoh April hingga September 2023.
Begitu juga, sektor Industri menjangkakan keadaan perniagaan yang lebih baik dengan imbangan bersih 9.7 peratus berbanding 15.6 peratus sebelum itu.
Di samping itu, sektor perdagangan borong dan runcit serta pembinaan bertukar optimis terhadap situasi perniagaan bagi separuh kedua 2023.
Sentimen dalam sektor perdagangan borong dan runcit meningkat dengan imbangan bersih 7.2 peratus dibantu oleh prospek yang lebih baik dalam sub-sektor perdagangan borong.
Ia berkata sektor pembinaan turut meramalkan keadaan perniagaan yang positif dengan imbangan bersih 2.6 peratus berbanding -7.7 peratus yang dicatatkan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Mohd Uzir berkata peningkatan disokong antaranya termasuk kestabilan pasaran pekerjaan, peningkatan dalam pelancongan domestik dan jangkaan yang lebih optimis dalam industri pelancongan kesihatan. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sentimen keyakinan perniagaan catat peningkatan bagi suku ketiga 2023 - Perangkaan
Para peniaga meramalkan keadaan perniagaan yang bertambah baik untuk suku ketiga 2023 dengan petunjuk keyakinan positif iaitu 0.7 peratus.