BUSINESS
Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'

Sime memperkenalkan slogan baharu, "Bridging Opportunities", sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula.
KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd (Sime) dijenamakan semula sebagai 'Sime' untuk mencerminkan visi kumpulan pada masa depan dan fokus strategiknya yang diperbaharui bagi menjadi peneraju dalam segmen automotif dan peralatan perindustrian.
Ringkasan AI
- Sime Darby Bhd dijenamakan semula sebagai 'Sime' untuk mencerminkan visi masa depan dan fokus strategik baharu dalam segmen automotif dan peralatan perindustrian.
- Sime memperkenalkan slogan baharu, "Bridging Opportunities", sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula.
- Ditubuhkan pada tahun 1910, Sime kini mempunyai lebih 30,000 pekerja di 18 negara dan wilayah, dengan fokus pada peralatan industri teras dan perniagaan automotif.
"Saya berpendapat ini adalah hari penting untuk Sime Darby...kami berdebat mengenai perkara ini, Sime Darby telah banyak berubah daripada apa yang berlaku tujuh, 20 tahun lepas.
"Kami adalah sebuah syarikat multinasional yang sangat progresif di rantau Asia Pasifik," katanya pada majlis penjenamaan semula Sime Darby, di sini hari ini.
Justeru, Jeffri berkata, Sime Darby perlu dijenamakan semula bagi mempamerkan ia adalah sebuah syarikat yang progresif. Bagaimanapun nama syarikat kekal sebagai Sime Darby Bhd, hanya logo dan penjenamaan telah berubah.
"Kenapa sekarang? (penjenamaan semula)...sebab sekarang adalah masa terbaik untuk melakukannya. Kami hampir menyelesaikan fasa satu pelupusan perniagaan bukan teras, kini kami telah mengambil alih semua syarikat yang terlibat dengan kereta dan ruang industri," katanya.
Selaras dengan usaha penjenamaan semula, Sime turut memperkenalkan slogan baharunya - "Bridging Opportunities".
Ditubuhkan pada tahun 1910, Sime telah berkembang secara konsisten, beberapa tahun lepas kumpulan itu telah memberi tumpuan kepada peralatan industri teras dan perniagaan automotif, ia berjaya memperkemas portfolionya melalui pelupusan strategik.
Hari ini, ia mempunyai lebih 30,000 pekerja di 18 negara dan wilayah.
Syarikat itu berkata identiti jenama baharunya akan dilancarkan secara berperingkat merentasi semua operasi Sime dalam beberapa bulan akan datang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami