awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan kerajaan jadi pemangkin pelan pemulihan, kata Proton

Bernama
Bernama
08/04/2016
23:05 MYT
Sokongan kerajaan jadi pemangkin pelan pemulihan, kata Proton
Proton Holdings Bhd berkata sokongan kerajaan akan menjadi pemangkin kepada pelan pemulihan syarikat, yang merangkumi pelancaran tiga model baharu pada tahun ini, bermula dengan Perdana.
Proton Holdings Bhd berkata sokongan kerajaan akan menjadi pemangkin kepada pelan pemulihan syarikat, yang merangkumi pelancaran tiga model baharu pada tahun ini, bermula dengan Perdana.
Pengeluar kereta nasional itu yakin syarikat akan kembali pulih dengan pelantikan pengurusan yang baharu dan bantuan kerajaan akan memperkukuh keyakinan rakan kongsi perniagaan terhadap syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata syarikat akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya bagi memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik.
Setakat ini, kata beliau, syarikat telah mengeluarkan pelbagai model dalam semua segmen, sama ada melalui keupayaan yang dibangunkan sendiri atau kerjasama yang terjalin dengan syarikat pengeluar kereta lain.
"Proton juga sentiasa berhubung dengan rakan-rakan strategik untuk mencari peluang kerjasama untuk mempertingkatkan penawaran produk dan mengurangkan masa untuk memasarkan produk," kata Ahmad Fuaad dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan semalam meluluskan permohonan Proton untuk mendapatkan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion yang sebahagian besar daripada pinjaman itu adalah untuk membolehkan pengeluar kereta nasional tersebut membuat pembayaran kepada vendor yang membekalkan komponen kepadanya.
Ahmad Fuaad berkata Proton juga memahami bahawa kemampanan syarikat akan memberi kesan kepada ekosistem industri automotif tempatan yang melibatkan vendor, pembekal, peniaga, pengusaha kenderaan pramilik dan pelanggannya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed semasa mengumumkan pinjaman mudah itu berkata kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai oleh Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala untuk memastikan program transformasi ini berjaya.
Beliau berkata pasukan itu akan mempunyai tiga wakil, masing-masing dari sektor swasta dan sektor awam.
"Kami mengalu-alukan penubuhan pasukan petugas ini dan mengalu-alukan kerjasama dengan lebih rapat demi pertumbuhan masa depan Proton," kata Ahmad Fuaad.
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Fuaad Kenali
#MITI
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan