awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Malaysia raih jualan RM86 juta di Ekspo Import China

Bernama
Bernama
11/11/2018
23:15 MYT
Syarikat Malaysia raih jualan RM86 juta di Ekspo Import China
Petugas menjalankan kerja-kerja pembersihan sebelum majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China di Shanghai, China, 26 Okt, 2018. Ekspo itu dirasmikan Presiden Xi Jinping pada 5 Nov. (Foto AP)
Syarikat Malaysia mencatat jualan bernilai AS$20.50 juta (RM86.03 juta) semasa penyertaan pertama mereka dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE).
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, jualan segera bernilai US$11,500 (US$1=RM4.17) manakala jualan berpotensi bernilai US$20.49 juta pada acara enam hari yang bermula pada 5 November.
Melalui penyertaan pertama di CIIE, syarikat Malaysia menerima sejumlah 1,267 pertanyaan perdagangan.
Menteri MITI, Datuk Darell Leiking memimpin delegasi Malaysia ke CIIE yang diadakan di Shanghai dan lawatan kerja ke Hangzhou dan Yiwu, Wilayah Zhejiang, China mulai 4 hingga 11 November 2018.
Beliau ditemani oleh Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, pegawai dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan InvestKL.
Penyertaan Malaysia dalam CIIE menunjukkan sokongan negara untuk aktiviti perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China serta negara peserta lain.
"Keterbukaan Malaysia akan meningkatkan keyakinan pelabur dan pengeksport untuk memilih Malaysia sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan dan mewujudkan rangkaian ddalam kalangan perniagaan dari Malaysia dan negara-negara lain," kata MITI.
Di Shanghai, Darell menghadiri jamuan sambutan dan upacara perasmian CIIE yang dilakukan oleh Presiden China Xi Jinping.
Xi meramalkan yang import barangan dan perkhidmatan bernilai tinggi masing-masing akan melebihi AS$30 trilion dan AS $ 10 trilion dalam tempoh 15 tahun akan datang, dari negara-negara di sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan.
Xi juga mengumumkan beberapa langkah termasuk menurunkan tarif dan memudahkan akses pasaran untuk menggalakkan pertumbuhan bersama dan membina ekonomi global yang terbuka.
Malaysia mengalu-alukan inisiatif seperti ini kerana ia akan meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelaburan dua hala dan serantau.
Darell juga melawat syarikat teknologi seperti Huawei Research and Development Centre Shanghai dan Mobile Broadband (MBB) Shanghai, JD.com Logistik, United Imaging, Shanghai dan Alibaba Group.
Pengurusan syarikat memberi taklimat kepada menteri berkenaan mengenai rancangan pengembangan mereka dan meneroka Malaysia sebagai hab utama.
Insentif menarik dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia adalah aspek penting untuk dipertimbangkan dalam menjadikan negara ini sebagai hab serantau dan batu loncatan untuk pasaran Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#CIIE
#Darell Leiking
#ekonomi
#Ekspo Import Antarabangsa China
#jualan
#lawatan kerja
#Malaysia
#MITI
#pelaburan
#pertanyaan perdagangan
#Sim Tze Tzin
#syarikat
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan