KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.
Beliau menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang meletak jawatan dan akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.
"Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 November 2018 hingga 30 Mei 2022.
"Bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta memastikan kesinambungan pentadbiran SC, Kementerian Kewangan telah melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu," menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.
Pelantikan Awang Adek selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]. Beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam.
Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang ekonomi daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat. Antara pengalaman beliau adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia, bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Pesisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.
Berbekalkan pengalaman yang ada, Kementerian Kewangan yakin Awang Adek mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Datuk Dr Awang Adek Hussin menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang meletak jawatan dan akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022. - Facebook
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi baharu TH
Pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Hussain diharap menjadikan TH sebagai institusi Islam yang dihormati.
Berjaya Rail lantik Tunku Aminah sebagai pengerusi
Unit rel Berjaya Land Bhd, Berjaya Rail Sdn Bhd telah melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai pengerusi.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Muhammad Bakhtiar dilantik Pengerusi MyCreative
Muhammad Bakhtiar menggantikan Noor Azmi Mat Said yang menamatkan penggalnya selepas berkhidmat di MyCreative sejak dua tahun lepas.
Mohamad Salim dilantik pengerusi MCMC baharu
Pelantikan Mohamad Salim itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac.
Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.
Saifuddin pengerusi mesyuarat penyelarasan tangani sindiket penipuan pekerjaan
Kerajaan akan terus komited dalam memperkukuh usaha menyelamat mangsa dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat.
Selepas 40 tahun terajui WWE, Vince McMahon umum bersara
Vince McMahon mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE selepas 40 tahun menerajui organisasi gusti profesional terbesar dunia itu.