BUSINESS
Tabung Haji kekal berdisiplin urus pelaburan di sebalik ketidaktentuan ekonomi global - CEO

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Syed Hamadah Syed Othman ketika sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH Tahun Kewangan 2024 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus mengekalkan disiplin dalam menguruskan portfolio pelaburannya bagi memastikan pemeliharaan modal yang selamat serta pulangan dividen yang mampan di sebalik cabaran ekonomi global pada 2025.
Ringkasan AI
- Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus mengekalkan disiplin dalam menguruskan portfolio pelaburannya dengan fokus kepada pemeliharaan modal yang selamat dan pulangan dividen yang mampan.
- Pelaburan TH adalah berdasarkan strategi peruntukan aset yang telah ditetapkan, dengan 55% dalam sukuk, 27% dalam pasaran saham, dan selebihnya dalam sektor hartanah serta instrumen pasaran wang.
- TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25% bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.
"Mengenai pelaburan selamat, TH menumpukan kepada aset-aset konservatif seperti sukuk patuh syariah dan instrumen pasaran wang yang kurang berisiko berbanding ekuiti persendirian," katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2024, di sini hari ini.
TH hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami