KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan kini mampu mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka menerusi penawaran ciri-ciri baharu rangkaian unifi Business.

Ketua Segmen PKS unifi, Mohamad Yusman Ammeran berkata, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi dan perlu memanfaatkan ledakan digital yang memberikan peluang ideal untuk terus bergerak maju ke arah pertumbuhan lebih mampan.

“Pelaksanaan pendigitalan secara tepat adalah langkah paling wajar, dan unifi Business bersedia untuk membantu mereka kembali bangkit, teguh dan mencapai keuntungan positif melalui penyelesaian digital yang inovatif,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohamad Yusman menambah, pihaknya akan membimbing PMKS dalam perjalanan digitalisasi mereka.

“Pasukan Perunding Perniagaan unifi kami yang bertauliah adalah satu lagi bukti komitmen kami untuk berkhidmat kepada PMKS. Mereka diperakui dengan Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (International Certification for Digital Literacy - ICDL) dan akan menawarkan sokongan dan bimbingan secara berterusan.

"Penyelesaian perniagaan kami yang pelbagai untuk PMKS menggambarkan sokongan TM terhadap inisiatif-inisiatif Kerajaan, seperti JENDELA dan MyDIGITAL, dan sejajar dengan peranan Kumpulan TM sebagai pemacu Digital Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, sebagai pusat sehenti untuk segala keperluan perniagaan, suite unifi Business kini merangkumi perkhidmatan Jalur Lebar unifi, unifi eCommerce Hub, unifi Cloud Storage, Penyelesaian Keselamatan Siber, dan unifi Business Club (uBC).
Direka untuk menghubung dan memaksimumkan peluang pertumbuhan dengan lancar, penyelesaian ini menawarkan platform tunggal dan bersepadu, dengan antara muka yang mudah digunakan. Usahawan boleh menyeragamkan saluran jualan luar talian dan dalam talian mereka, menguruskan inventori produk, pesanan, memantau jualan dan pendapatan, serta menguruskan pertanyaan di media sosial.

Mereka juga boleh membina laman web interaktif dengan ciri pembayaran dalam talian dan servis rakan kurier yang tersedia. Hanya serendah RM24.50 sebulan, usahawan boleh menikmati semua ciri ciri tersedia dalam aplikasi hab e-dagang ini.Membantu perniagaan menguruskan tugasan yang sering merumitkan seperti menyimpan maklumat-maklumat penting, penyelesaian ini membawakan storan data yang fleksibel, selamat dan mudah diu bah. Ia juga menyediakan akses untuk beberapa pengguna dan  penyulitan selamat bagi meningkatkan produktiviti perniagaan.

Dihoskan di dalam negara, di fasiliti Pusat Data Hijau TM yang diperakui, unifi Cloud Storage menyediakan ruang penyimpanan yang selamat untuk fail dan maklumat penting supaya perniagaan boleh memberi  tumpuan kepada pembangu nan dan keuntungan.

Pemilik perniagaan diberikan fleksibiliti untuk mengurus dan mengawal kuota storan setiap pengguna serta boleh menambah saiz storan melebihi 1TB pada bila-bila masa. Semua ini boleh dilanggan dengan harga permulaan serendah RM 4.50 sebulan.
Membantu PMKS melindungi perniagaan mereka daripada ancaman siber, penyelesaian yang mudah diguna dan dikendalikan ini membolehkan mereka menumpukan kepada  perkara yang lebih penting, seperti menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan.

Disokong oleh penyedia keselamatan siber terkemuka di dunia, penyelesaian ini melindungi maklumat yang penting buat perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT, justeru menawarkan “Always On-Security for Always-On Businesses”.

Harga serendah RM30, pemilik perniagaan boleh memastikan keselamatan data mereka dilindungi 24 jam dengan Kaspersky Small Office Security.
Membolehkan semua pelanggan menikmati faedah sebagai ahli uBC termasuk akses kepada kepada kandungan yang berkaitan dan terkini di portalnya (https://ubc.unifi.com.my) dan mendapatkan kandungan bermanfaat seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan juga geran Pendigitalan PMKS, orang ramai boleh melayari www.unifi.com.my/business.