Teks akhir Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ditambah dengan analisis manfaat kos kerajaan yang akan dibentangkan di Kabinet minggu depan akan membantu menghapuskan kebimbangan mengenai perjanjian perdagangan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya rasa terdapat banyak maklumat palsu yang telah disebarkan. Pengenalan dan penyebaran teks akhir akan membantu mengurangkan atau membetulkan maklumat palsu dan keduanya, analisis manfaat kos yang akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan sudah pastinya akan membantu," katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata bukan satu perkara baharu orang membantah perjanjian perdagangan.
"Ia pernah berlaku sebelum ini kepada FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) kita dengan Jepun, tetapi selepas (perjanjian dimeterai) perdagangan kita dengan Jepun telah meningkat. Sama juga FTA dengan Turki, perdagangan dua hala melonjak sebanyak 40 peratus hasil daripadanya.
"Jadi, anda boleh lihat tanpa pengecualian, semua (perjanjian perdagangan) dua hala dan pelbagai hala membawa kepada peningkatan jumlah perdagangan," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23, di sini, Rabu.
"Jika kita tidak menyertai TPP dan memutuskan untuk menyertainya bersama Indonesia selepas itu, sudah pasti sukar bagi kita menegaskan syarat-syarat berkaitan.
"Minat banyak negara untuk menyertai TPP sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Malaysia membuat keputusan tepat untuk berada dalam kumpulan rundingan dan seterusnya menikmati kelebihan sebagai negara penggerak pertama," katanya.
Perdana Menteri turut menegaskan, kerajaan akan terus meningkatkan rundingan dengan pihak berkepentingan sehingga TPP dibincangkan di Parlimen pada Januari bagi memastikan semua pihak benar-benar memahami peluang serta cabaran membabitkan TPP.
Ditanya mengenai reaksi anggota lain TPP berhubung permintaan Filipina dan Indonesia menyertai pakatan itu sekarang, Najib berkata selain mengusahakan aspek pemeteraian dan ratifikasi, kesemua 12 negara anggota TPP menyuarakan rasa positif serta kesediaan untuk bekerjasama.
Mengulas lanjut mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata kesemua 12 negara terbabit turut berpuashati berikutan tamatnya rundingan itu bagi membolehkan usaha bertumpu kepada proses pemeteraian dan ratifikasi bagi pelaksanaan serta menikmati manfaatnya.
Najib berkata kalangan pemimpin terbabit juga membangkitkan keterujaan mereka mengenai TPP dalam Kumpulan 20 (G20) mahupun APEC.
"Ini satu pencapaian bersejarah kerana tiada perjanjian perdagangan penting dan sebesar ini dapat dicapai dalam tempoh sebelum ini. TPP (juga) membuktikan bahawa negara-negara yang berbeza aspek kemajuan mereka juga mampu memuktamadkan rundingan yang sukar," katanya.
Menurut Najib, selain mesyuarat, TPP menjadi antara isu yang turut dibincangkannya dengan rakan sejawatan dari New Zealand, John Phillip Key dan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang dalam mesyuarat dua hala masing-masing.
Selain itu, Perdana Menteri juga menyertai Dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC yang menumpukan langkah seterusnya bagi pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), mewujudkan pertumbuhan serantau menerusi sektor perkhidmatan serta meningkatkan infrastruktur kewangan.
"TPP dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau akan menjadi landasan bagi mewujudkan FTAAP sepertimana diingini negara anggota APEC," katanya.
APEC dianggotai 21 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong-China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat serta Vietnam.
Negara anggota APEC yang tidak menyertai TPP adalah China, Hong Kong-China, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Rusia, Taiwan serta Thailand.
Bernama
Thu Nov 19 2015
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata bukan satu perkara baharu orang membantah perjanjian perdagangan. - Gambar Bernama
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Malaysia pertingkat FTA ASEAN untuk tambah baik pertumbuhan ekonomi serantau
Langkah ini bertujuan memanfaatkan landskap ekonomi global yang sentiasa berubah terutama apabila Malaysia memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia suara hasrat teruskan perbincangan FTA dengan Kesatuan Eropah - Anwar
Malaysia menyatakan hasrat kepada Kesatuan Eropah (EU) bagi meneruskan perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-EU.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Hungary bakal Presiden EU, mahu hidupkan semula rundingan FTA EU-Malaysia
Putrajaya dan Budapest akan menyambung semula mesyuarat pertama jawatankuasa bersama Hungary-Malaysia.
Thailand guna FTA untuk tingkat eksport pertanian
Thailand rancang laksan FTA dengan rakan dagang strategik bagi meningkatkan lagi eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses negara itu.
Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas
Filipina dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara Asia itu.
Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini
Hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.