awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekun Nasional selesai agih RM200 juta peruntukan SPIM - Noh

Bernama
Bernama
18/04/2022
08:09 MYT
Tekun Nasional selesai agih RM200 juta peruntukan SPIM - Noh
Noh menyampaikan cek bantuan banjir kepada salah seorang penerima daripada Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia sempena Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia Negeri Kelantan. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Peruntukan sebanyak RM200 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah selesai diagihkan kepada usahawan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata peruntukan berkenaan memanfaatkan 31,000 usahawan informal di seluruh negara.
Menurutnya menerusi peruntukan itu, peniaga layak menerima pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 tanpa caj keuntungan dan moratorium selama 12 bulan.
"Inisiatif kerajaan ini bertujuan membantu usahawan informal termasuk mereka yang berniaga dari rumah serta tanpa lesen perniagaan. Ada yang layak menerima pembiayaan RM3,000 dan maksimum RM10,000 bergantung kepada keperluan mereka.
"Saya harap RM200 juta ini dapat dibayar balik pada tahun depan untuk memberi peluang kepada orang lain membuat pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia Negeri Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Adam Abdul Ghani.
Terdahulu, beliau menyampaikan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM3,000 seorang kepada 1,677 usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional Wilayah Kelantan dengan jumlah keseluruhan RM5 juta.
Mengulas lanjut, Noh berkata kementeriannya juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan tambahan bagi SPIM.
"Insya-Allah, kalau ada rezeki dapatlah peruntukan yang dipohon sekali gus akan membantu lebih ramai usahawan menerima manfaat skim ini," katanya.
Mengenai geran bantuan banjir, Noh berkata ia merupakan peruntukan daripada kerajaan bernilai RM50 juta kepada usahawan mikro seluruh negara yang terjejas akibat banjir besar Disember lepas untuk mereka bangkit semula dalam perniagaan.
"Setakat ini kita melihat kebanyakan mereka telah bangkit semula selain disokong dengan pembukaan sempadan dan musim Hari Raya Aidilfitri, kita harap perniagaan mereka akan bertambah baik dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TEKUN Nasional
#spim
#Noh Omar
#usahawan
#skim pembiayaan
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan