Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang siap apabila dua mesin pengorek (TBM) terowong bertemu di Pudu baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak berkata TBM Inai 1 dan TBM Inai masing-masing menamatkan penggerudian di kawasan pembinaan MRT Pudu pada 16 Okt dan 21 Okt.
"Kemajuan keseluruhan yang dicapai oleh kerja-kerja bawah tanah projek MRT kini berada pada tahap 68.5 peratus pada akhir September, manakala pembinaan terowong secara keseluruhannya mencapai 88 peratus.
"Kami hanya mempunyai dua TBM yang mengorek dari syaf Pudu menuju ke Pasar Seni. Semua kerja-kerja pembinaan terowong dijangka siap menjelang suku pertama 2015, namun kerja-kerja bawah tanah akan berterusan sehingga Disember 2016," katanya kepada pemberita di tapak syaf pelancaran MRT Pudu pada Isnin.
Ketua Terowong MMC-Gamuda Ng Hau Wei berkata, kerja-kerja pembinaan terowong sangat mencabar disebabkan keadaan geologi kawasan itu.
"Jalan Bukit Bintang melintasi dua formasi geologi di hujung Jalan Bukit Bintang sebelah timur berada di atas kawasan berbatu kapur Kuala Lumpur manakala hujung sebelah barat berada di atas formasi Bukit Kenny, peralihan antara dua formasi ini membabitkan kawasan Pavilion," katanya.
Cabaran lain termasuk penumpuan utiliti yang sangat padat, katanya sambil menambah, penggunaan teknologi kejuruteraan ketepatan tinggi, termasuk TBM yang mempunyai teknologi Pemboleh ubah Ketumpatan, berjaya menyelesaikan masalah ini.
"Di samping mampu mengurangkan pembentukan tanah jerlus, ia juga boleh berubah dari mod kolam berlumpur (ketika mengorek menerusi formasi batu kapur) kepada mod pengimbangan tekanan bumi (semasa mengorek melalui formasi Bukit Kenny) dan sebaliknya," katanya.
MRT Sungai Buloh-Kajang, sepanjang 51km, termasuk 9.5km di bawah tanah, akan melalui pusat bandar.
Sebanyak tujuh stesen bawah tanah akan dibina iaitu KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang Sentral, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri.
Bernama
Mon Oct 27 2014
Para pengamal media melihat tapak Projek laluan MRT Sungai Buloh-Kajang di Bukit Bintang yang telah siap digerudi semasa dibawa meninjau ke sekitar tapak projek yang masih dalam proses pembinaan di sini pada Isnin. - fotoBERNAMA
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Isu retak: MRT namakan 9 individu sebar maklumat palsu
MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini menamakan sembilan indidivu yang dipercayai terlibat menyebarkan maklumat palsu mengenai keretakan pada laluan MRT.
Jajaran kedua MRT mula pembinaan suku kedua 2016
Pembinaan akan dimulakan dengan fasa pertama yang melibatkan laluan tingkat atas daripada Sungai Buloh hingga Kampung Batu.
Terowong MRT di bawah Jalan Bukit Bintang siap
Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang siap apabila dua mesin pengorek terowong bertemu di Pudu baru-baru ini.
Keputusan perletakan jawatan Datuk Azhar Hamid perlu dihormati - MRT Corp
Keputusan perletakan jawatan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp pada Selasa harus dihormati semua pihak.
Tanah mendap baru ditemui di Bukit Bintang
Jalan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan terus ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemadatan tanah.
MRT umum ubah laluan jalan di Bukit Bintang
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan akan mengubah haluan laluan jalan ke sebelah kanan Jalan Bukit Bintang mulai Rabu ini.