SHANGHAI: Syarikat pembuat automobil dari Amerika Syarikat (AS), Tesla mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka sebuah kilang Megafactory di Shanghai, China, mengkhususkan kepada penghasilan Megapack iaitu produk penyimpanan tenaga.
Pembinaan kilang itu akan bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijangka beroperasi pada suku kedua 2024, menurut Tesla pada majlis penandatanganan perjanjian di sini, pada Ahad.
Kilang itu apabila siap kelak mampu menghasilkan sebanyak 10,000 Megapack setahun, bersamaan penyimpanan tenaga kira-kira 40 GWh. Produk yang dihasilkan di kilang itu akan dijual di seluruh dunia.
Megapack ialah bateri bersaiz besar yang boleh menyimpan tenaga, membantu stabilkan grid tenaga dan mencegah tenaga terputus.
Naib Ketua Setiausaha kerajaan bandar Shanghai, Zhuang Mudi bekata pada lima tahun yang lalu, projek Gigafactory Tesla di Shanghai telah menjadi tumpuan dunia, sekali gus menjadikan Shanghai sebagai kawasan penting bagi perkembangan industri kenderaan tenaga baharu (NEV).
"Kini, pemeteraian Megafactory di Shanghai pasti dapat menggalakkan perkembangan industri penyimpanan tenaga baharu dan transformasi ke arah karbon rendah," kata beliau.
Difahamkan, projek Megafactory merupakan projek pengeluaran Megapack pertama di luar AS.
Gigafactory Tesla di Shanghai telah menghasilkan 710,000 kereta pada 2022, menokok 48 peratus berbanding 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Pembinaan kilang itu akan bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijangka beroperasi pada suku kedua 2024. - Gambar fail/ Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tesla bakal buka kilang Megafactory di Shanghai
Tesla mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka sebuah kilang Megafactory di Shanghai, China, mengkhususkan kepada penghasilan Megapack iaitu produk penyimpanan tenaga.