awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA: Syarat pengecualian kecil beri impak serius kepada sektor minyak dan gas

Nurulhana Ismail
Nurulhana Ismail
06/11/2015
13:58 MYT
TPPA: Syarat pengecualian kecil beri impak serius kepada sektor minyak dan gas
Jika dibandingkan dengan Brunei di mana syarat pengecualian bagi sektor minyak dan gas yang jauh lebih banyak dan terperinci ditetapkan bagi melindungi pemain industri tempatan. - Gambar Hiasan
Syarat pengecualian yang kecil dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) membabitkan sektor minyak dan gas di negara ini akan memberi impak serius kepada industri tempatan.
Ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat minyak dan gas tempatan, Shahril Hamdan berkata beliau terkejut dengan ketetapan syarat pengecualian yang sedikit bagi sektor minyak dan gas di negara ini.
Katanya lagi, jika dibandingkan dengan Brunei di mana syarat pengecualian bagi sektor minyak dan gas yang jauh lebih banyak dan terperinci ditetapkan bagi melindungi pemain industri tempatan.
"Kita cukup khuatir dan terkejut dengan pengecualian yang cukup kecil bagi syarikat minyak dan gas di Malaysia. Ia kerana kalau kita lihat negara TPPA lain seperti Brunei ada pengecualian yang panjang daripada perkara kecil seperti bekalan makanan di pelantar minyak sehingga perkhidmatan yang lebih kompleks," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Namun bagi Malaysia, katanya,tidak wujud pengecualian seolah-olah semua proses tender dijalankan secara terbuka dan tidak memihak kepada peserta industri tempatan.
Shahril yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, impak tersebut akan lebih dirasai bagi pemain kecil industri tempatan yang sudah semestinya perlu bersaing dengan syarikat asing yang lebih besar, dengan kapasiti teknologi yang lebih tinggi serta penawaran harga yang lebih rendah.
Shahril berpendapat, situasi ini berlaku berikutan kurangnya dialog di antara kerajaan dan pemain industri sebelum rundingan TPPA berjalan.
Menurutnya lagi, langkah persediaan perlu dilakukan sebelum impak perjanjian TPPA memberi kesan kepada industri minyak dan gas tempatan.
Topic Berkaitan
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#Shahril Hamdan
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan