KUALA LUMPUR: Apex Healthcare Berhad, antara pengeluar dan pengedar produk farmaseutikal serta barangan penjagaan kesihatan pengguna yang terkemuka di Malaysia, telah mencatatkan lonjakan sebanyak 83.2% dalam keuntungan bersih kepada RM23.49 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2022 (Q2 FY2022), berbanding RM12.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Pendapatan bagi suku tersebut juga menyaksikan peningkatan hingga 14.6% kepada RM209.25 juta daripada RM182.56 juta pada tahun sebelumnya.
Prestasi Apex Healthcare untuk Q2 FY2022 telah menyumbang kepada prestasi yang kukuh bagi separuh pertama tahun ini, dengan catatan peningkatan sebanyak 58.9% dalam keuntungan bersih kepada RM39.26 juta untuk separuh pertama tahun kewangan 2022 (H1 FY2022), meningkat daripada RM24.7 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2021 (H1 FY2021).
Pendapatan untuk enam bulan pertama 2022 meningkat 17.4% kepada RM425.17 juta, berbanding RM362.04 juta pada tahun sebelumnya.
Syarikat mengaitkan prestasi kewangannya yang kukuh dengan pendapatan dan keuntungan operasi yang lebih baik daripada anak-anak syarikatnya, hasil daripada aktiviti pengguna yang semakin bertambah, lonjakan permintaan terhadap ubatan pernafasan dalam pasaran utama.
Ini termasuk bahagian keuntungan selepas cukai yang meningkat dengan ketara daripada syarikat bersekutunya, Straits Apex Group Sdn Bhd (SAG).
Prestasi keuntungan daripada SAG untuk Q2 FY2022 adalah RM7.2 juta, satu peningkatan ketara berbanding RM0.7 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu setelah tunggakan pesanan diselesaikan dengan segera selepas hasil pengeluaran kembali normal pada suku kedua.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Apex Healthcare, Dr Kee Kirk Chin berkata, pemantapan teras dan kemampuan Apex Healthcare dalam memenuhi permintaan pasaran yang berubah-ubah membolehkan syarikat mencatat prestasi yang cemerlang sejak pandemik melanda.
“Kehadiran subvarian COVID-19 yang mencetuskan gelombang di peringkat global mendorong kami untuk terus berusaha keras dalam mengekalkan integriti rantaian bekalan.
“Kami amat menghargai komitmen para pekerja dan rakan kongsi yang bekerja tanpa lelah demi memenuhi peningkatan permintaan terhadap ubat-ubatan,” katanya.
Walau bagaimanapun kata Dr Kee, masih terdapat kelompangan dalam pasaran semasa terutamanya untuk beberapa preskripsi dan ubat belian kaunter bagi ubat batuk serta selsema.
“Syarikat berusaha dengan aktif dalam menangani kekurangan produk tersebut agar dapat meningkatkan ketersediaannya buat profesional penjagaan kesihatan dan pengguna dalam beberapa bulan yang akan datang,” tambahnya.
Untuk memenuhi keperluan pasaran, Apex Healthcare telah mempercepatkan pelancaran dua produk paracetamol baharu, Palavo 650mg dan Palavo Suspension 120mg/5ml, ke S2 TK2022.
Syarikat juga telah menugaskan sebuah lagi mesin pembungkusan lepuh dalam fasiliti pembuatan dos pepejal oral terbaharunya (SPP NOVO), sekaligus meningkatkan jumlah maksimum kapasiti pengeluaran tahunan untuk tablet dan kapsul sebanyak 36%.
Selain itu, mesin pengeluaran cecair berkapasiti tinggi yang baharu sedang menjalani proses kelayakan dan dijadualkan untuk memulakan pengeluaran komersial pada suku ketiga tahun 2022, seterusnya menggandakan jumlah maksimum kapasiti pengeluaran tahunan Apex Healthcare bagi ubatan cecair seperti sirap batuk dan selsema.
Selepas peningkatan terhadap prestasi kewangan H1 FY2022, Lembaga Pengarah Apex Healthcare mengumumkan dividen interim sebanyak 3.0 sen sesaham.
Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan peningkatan 20% berbanding dividen interim 2.5 sen yang diumumkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Tarikh kelayakan dividen interim adalah 6 September 2022 dan akan dibayar pada 15 September 2022. – DagangNews.com
Dagang News
Wed Aug 17 2022
Lembaga Pengarah umum dividen interim sebanyak 3.0 sen sesaham, meningkat 20% berbanding dividen interim 2.5 sen yang diumumkan pada 2021
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Untung bersih Apex Healthcare meningkat 83% kepada RM23.49 juta Q2 FY2022
Pendapatan bagi suku tersebut juga menyaksikan peningkatan hingga 14.6% kepada RM209.25 juta.