BUSINESS
Untung bersih Maxis naik kepada RM371 juta suku pertama 2025

Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2025 meningkat kepada RM371.0 juta.
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2025 meningkat kepada RM371.0 juta daripada RM353.0 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.
Ringkasan AI
- Peningkatan Keuntungan: Maxis Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM371 juta pada suku pertama 2025 berbanding RM353 juta tahun sebelumnya, dengan perolehan yang sedikit lebih tinggi pada RM2.61 bilion.
- Strategi Pelaburan & Daya Tahan: Syarikat mengurangkan perbelanjaan modal kepada RM86 juta, memberi fokus kepada penaiktarafan rangkaian serta membina daya tahan pasaran melalui pengukuhan operasi dan transformasi digital.
- Prospek & Persaingan: Maxis menjangkakan pertumbuhan hasil perkhidmatan secara sederhana menjelang akhir tahun, dengan komitmen untuk meningkatkan nilai pelanggan melalui inovasi dan kecekapan operasi dalam industri telekomunikasi yang kompetitif.
Katanya, pertumbuhan ini disokong oleh perbelanjaan modal yang berdisiplin.
"Kami juga sedang giat membina daya tahan lebih kukuh dalam pasaran yang dinamik dengan memperkukuh operasi teras dan memacu transformasi digital," katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengenai perbelanjaan modal, Maxis berkata syarikat memperuntukkan RM86 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM106 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.
Ini memandangkan syarikat kekal berhati-hati dalam strategi pelaburannya dengan memberi tumpuan kepada penaiktarafan penting selain memastikan rangkaian bersepadu syarikat kekal relevan untuk masa hadapan.
Bagi prospek tahun ini, syarikat itu berkata sektor telekomunikasi terus menyaksikan persaingan sengit.
"Melangkah ke hadapan, Maxis memberi tumpuan kepada meningkatkan nilai kepada pelanggan melalui inovasi perkhidmatan dan prestasi rangkaian yang sangat boleh dipercayai.
"Kami komited untuk mengoptimumkan kecekapan operasi bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami