awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung sebelum cukai Tan Chong susut kepada RM115.25 juta pada tahun 2015

Bernama
Bernama
23/02/2016
15:15 MYT
Untung sebelum cukai Tan Chong susut kepada RM115.25 juta pada tahun 2015
Perolehan Tan Chong Motor Holdings Bhd, bagaimanapun, meningkat kepada RM5.72 bilion berbanding RM4.76 bilion, hasil daripada penghantaran lebih tinggi semasa kempen promosi jualan.
Keuntungan sebelum cukai Tan Chong Motor Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 susut kepada RM115.25 juta berbanding RM170.85 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.
Perolehan, bagaimanapun, meningkat kepada RM5.72 bilion berbanding RM4.76 bilion, hasil daripada penghantaran lebih tinggi semasa kempen promosi jualan, menurut syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Pada suku keempat, syarikat mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM10.97 juta berbanding RM15.37 juta dicatatkan sebelum ini manakala perolehan sebanyak RM1.51 bilion berbanding RM1.26 bilion pada 2014.
"Kumpulan akan terus menumpukan kepada memacu jualan dengan tawaran nilai dengan memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna melalui selepas jualan dan perkhidmatan sokongan sampingan yang lain.
"Tan Chong Motor berhati-hati mengawal perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi untuk mengekalkan nilai," katanya, sambil menambah ekonomi global dijangka terus tidak menentu dengan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi China yang mempengaruhi perbelanjaan pengguna ke atas pembelian dengan harga yang tinggi.
Syarikat bimbang bahawa jualan kenderaan baharu, yang memberangsangkan kebelakangan ini, akan berkurangan pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#China
#ekonomi
#Tan Chong Motor Holdings Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan