awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Urus niaga rasmi wang kertas baharu Syria bermula Sabtu - Bank Pusat

Bernama
Bernama
03/01/2026
21:30 MYT
Urus niaga rasmi wang kertas baharu Syria bermula Sabtu - Bank Pusat
Presiden Syria, Ahmed Hussein al-Sharaa menghadiri majlis pelancaran wang kertas baharu Syria di Istana Persidangan, Damsyik, Syria pada 29 Disember 2025. - Gambar Agensi
DAMSYIK: Naib Gabenor Pertama Bank Pusat Syria (CBS), Mokhles al-Nazer pada Sabtu mengumumkan permulaan urus niaga rasmi wang kertas baharu Syria susulan persiapan rapi yang dijalankan sejak beberapa bulan lepas, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).
"Sejak awal pagi tadi (Sabtu), wakil daripada bank swasta dan syarikat pengurupan mata wang telah mula membanjiri cawangan Bank Pusat di setiap wilayah bagi menerima mata wang pound Syria yang baharu," kata Al-Nazer menerusi hantaran di platform X.
Pada Jumaat, CBS menggesa semua pihak supaya mematuhi arahan berkaitan penjagaan integriti, kualiti dan rupa bentuk wang kertas Syria itu dengan menyifatkannya sebagai dana awam serta simbol kedaulatan negara melalui pengawalseliaan penggunaan dan edarannya.
Presiden Ahmad al-Sharaa secara rasmi melancarkan mata wang nasional baharu itu pada Isnin lepas di Istana Persidangan (Conferences' Palace) di Damsyik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#mata wang Syria
#Pound Syria
#Presiden Ahmad al-Sharaa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan