DALIAN (China): Lima daripada lapan indikator pemboleh ubah ekonomi untuk tempoh lima tahun akan datang, adalah bersifat negatif.
Demikian seperti yang didedahkan dalam Laporan Unjuran Ketua Ekonomi, Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada Mei lalu.
Lima indikator negatif tersebut adalah faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus), polarisasi sosial (65 peratus), faktor politik domestik (64 peratus) dan perubahan iklim (57 peratus).
Hanya tiga indikator positif kepada ekonomi yang dikenal pasti iaitu transformasi teknologi (73 peratus), kecerdasan buatan (64 peratus) dan transisi hijau dan tenaga (56 peratus).
Justeru, indikator negatif tersebut yang boleh dianggap sebagai cabaran, memerlukan kuasa kerjasama dan inovasi yang jauh lebih daripada apa yang wujud ketika ini.
Ia menjadi fokus utama dalam penganjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang mengadakan Mesyuarat Tahunan Juara Baharu Ke-15 (Annual Meeting of the New Champions 2024) di sini, bermula 25 hingga 27 Jun ini.
Mesyuarat tiga hari itu akan mengumpulkan lebih 1,600 pemimpin peringkat tinggi daripada kalangan perniagaan, kerajaan, masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa, termasuk usahawan terkemuka, inovator dan ahli akademik untuk menjana pandangan kolektif dan penyelesaian yang boleh direalisasikan.
Mengapa di Asia?
Pertemuan di benua Asia - rantau yang memacu dua pertiga daripada keseluruhan pertumbuhan global - akan membolehkan para pemimpin bekerjasama dan mencari jalan dalam merangsang dan mengekalkan momentum ekonomi yang positif.
Ramalan ekonomi terkini menunjukkan ekonomi global menghampiri pemulihan bertahap (soft landing).
Pertumbuhan dalam pemulihan, inflasi yang semakin baik dan kepesatan inovasi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) telah mendorong warga dunia dan industri ke hadapan.
Namun, risiko dan ketegangan seperti krisis geopolitik kekal berada di hadapan.
Enam tonggak utama digariskan dalam lebih 50 sesi perbincangan pada penganjuran mesyuarat kali ini:
Ekonomi Global Baharu: Menjalin keseimbangan antara pemacuan teknologi dan pertumbuhan inklusif, pemimpin akan meneroka strategi fiskal, perdagangan, dan industri yang selari. Langkah-langkah ini bertujuan memperkuat pemulihan sambil mengawal inflasi.
China dan Dunia: Jejak teknologi global China yang semakin meluas dan perbelanjaan yang meningkat akan menjadi tumpuan. Sebagai pemain utama, tindakan China bakal mempengaruhi global.
Keusahawanan dalam Era AI: Evolusi pesat AI menawarkan pelbagai aplikasi, risiko dalaman, dan peluang yang besar. Tatakelola yang selaras dengan nilai-nilai masyarakat adalah penting.
Hala Tuju Baharu untuk Industri: Industri menghadapi cabaran dan peluang akibat perubahan ekonomi, geopolitik, alam sekitar dan teknologi. Menavigasi evolusi ini memerlukan kecekapan strategik.
Pelaburan kepada Manusia: Pandangan mengenai masa depan pekerjaan dan memanfaatkan teknologi untuk pendidikan dan pembinaan kemahiran akan dibincangkan. Perubahan geoekonomi kini mempengaruhi dinamika tenaga kerja.
Hubungan Antara Iklim, Alam, dan Tenaga: Usaha bersama diperlukan untuk mengatasi krisis iklim dan kehilangan biodiversiti - cabaran global yang paling kritikal.
Siapa yang hadir?
Lebih daripada 100 tokoh masyarakat daripada hampir 30 negara dan rantau, termasuk 35 menteri kabinet akan terlibat pada mesyuarat kali ini.
Mengetuai dialog, 10 pemimpin global daripada kerajaan, sektor swasta dan organisasi antarabangsa akan terlibat sebagai pengerusi bersama.
Mewakili Malaysia, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengetuai delegasi yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.
Nurul Izzah Anwar turut terlibat atas kapasiti Pengerusi Social & Economic Research Initiative (SERI), Shahril Hamdan selaku Pengarah Urusan Watchtower Advisory mewakili Young Global Leaders (YGL) dan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail.
Astro AWANI akan membawakan laporan komprehensif sepanjang tiga hari mesyuarat ini di semua platformnya.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jun 24 2024
Lebih daripada 100 tokoh masyarakat daripada hampir 30 negara dan rantau, termasuk 35 menteri kabinet akan terlibat dalam penganjuran WEF yang mengadakan Mesyuarat Tahunan Juara Baharu Ke-15 di Dalian, China, bermula 25 Jun ini. - Foto WEF
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).