GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, sehingga kini 1.5 juta penduduk Gaza telah dipindahkan ke tempat perlindungan yang selamat.

Dalam masa sama, pertubuhan antarabangsa itu turut melakukan perubahan dalam kerja-kerja menyelamatkan mangsa peperangan antara Palestin dan Israel itu.

Berikut antara maklumat utama mengenai situasi terkini di Gaza seperti disenaraikan BBC:

* Hampir 1.5 juta orang di wilayah itu telah dipindahkan secara dalaman dengan lebih daripada 710,000 orang mencari perlindungan di kem Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

* Kesesakan yang berlaku telah menyebabkan "risiko kesihatan dan perlindungan yang serius" bagi mereka yang dipindahkan, menurut PBB, serta memberi kesan besar kepada kesihatan mental mereka. Selain itu, PBB berkata, kerosakan kepada infrastruktur air dan sanitasi menambah risiko kesihatan awam.

* Sekitar 530,000 orang mencari perlindungan di 92 lokasi UNRWA di selatan Gaza, dengan tempat perlindungan melebihi kapasiti mereka dan tidak dapat menerima orang baharu.

* Ramai mangsa yang dipindahkan tidur di jalan-jalan berdekatan dengan kemudahan UNRWA.

* Sekitar 160,000 orang ditempatkan di kemudahan UNRWA di bandar Gaza dan utara semenanjung tersebut, namun, agensi tersebut tidak dapat lagi menyediakan perkhidmatan kerana tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai keperluan dan keadaan mangsa. - Agensi