LEBIH 1.653 bilion dos vaksin sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Isnin.

Ini merupakan pertambahan lebih 20 juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data John Hopkins University, China kini mendahului dengan 497 juta dos vaksin.

Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 285 juta dos manakala India dengan 191 juta dos vaksin.

Negara lain yang catat jumlah dos melebihi 60 juta dos ialah Brazil dan United Kingdom.

Manakala Jerman dengan 44 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 33 dan 30 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 24.43 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula dengan 4.1 juta dos, Singapura dengan 3.4 juta dos dan diikuti Thailand dengan 2.86 juta dos.

Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 2.49 juta.