Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah bom kereta meletup di sebuah bandar di utara Syria, pada Ahad.

Bandar Rai, yang terletak pada jarak 10 kilometer dari sempadan Turki, dikuasai pembangkang yang disokong Turki.

Menurut badan pemerhati hak asasi manusia, letupan itu berlaku pada Ahad malam, berhampiran Hospital Cobanbey.

Kejadian telah menyebabkan hospital tersebut dan beberapa kediaman berhampiran turut musnah.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.