Skip to main content

Dunia

11 maut tangki minyak meletup di barat Iran - Media kerajaan

REUTERS
Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan tujuh lagi cedera selepas sebuah lori tangki minyak meletup dalam kemalangan jalan raya di barat Iran pada Sabtu.
Advertisement

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan tujuh lagi cedera selepas sebuah lori tangki minyak meletup dalam kemalangan jalan raya di barat Iran pada Sabtu, lapor Xinhua memetik agensi berita kerajaan IRIB.

Kejadian berlaku di jalan antara bandar yang menghubungkan Daerah Sanandaj di wilayah Kurdestan dengan Daerah Hamedan di wilayah Hamedan, menurut IRIB yang memetik Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Universiti Sains Perubatan Kurdestan Babak Hodaei.

Hodaei berkata, kejadian itu menyebabkan beberapa kenderaan berhampiran terbakar, sambil menambah bahawa pasukan penyelamat telah membawa mangsa yang cedera ke sebuah hospital di Sanandaj.

Beliau berkata, operasi menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement