awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah

Bernama
Bernama
08/07/2024
12:23 MYT
12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah
Gempa bumi pada 2.35 petang waktu tempatan dengan pusat gempa kira-kira 5 km timur laut Batang pada kedalaman 6 km, mendorong penduduk mengosongkan kediaman mereka dalam keadaan panik. - Gambar FB Facebook BNPB
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 4.4 magnitud yang melanda daerah Batang, Pekalongan dan Kendal di Jawa Tengah pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 12 penduduk cedera dan 49 rumah serta 11 kemudahan awam rosak.
Gempa bumi pada 2.35 petang waktu tempatan dengan pusat gempa kira-kira 5 km timur laut Batang pada kedalaman 6 km, mendorong penduduk mengosongkan kediaman mereka dalam keadaan panik.
Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhairi, 11 penduduk memerlukan rawatan rapi dan telah pulang ke rumah manakala seorang penduduk masih dalam pemerhatian kesihatan.
Gempa bumi itu turut merosakkan lima rumah dengan teruk, 12 lagi mengalami kerosakan sederhana dan 32 rumah mengalami kerosakan kecil manakala sebuah rumah ibadat, tiga sekolah, sebuah pasar dan sebuah lagi bangunan turut rosak.
"Pihak berkuasa, termasuk tentera dan polis sedang membantu penduduk membersihkan serpihan daripada bangunan runtuh dan telah mengeluarkan amaran untuk kemungkinan gegaran susulan", menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jabatan Perkhidmatan Sosial Batang telah menubuhkan dapur umum untuk penduduk manakala Pejabat Kesihatan Jawa Tengah telah menghantar pasukan, termasuk sukarelawan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#gempa bumi
#penjagaan kesihatan
#gegaran susulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan